in

“Salute!” – Ramai Tersentuh Lihat Rider Ni Sanggup ‘Hidang’ & Teman Anjing Pelanggan Makan Sampai Habis!

Video Abang Grab Hidang Makanan Buat Anjing Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita semua tersentuh apabila melihat video berkenaan sikap baik manusia membantu haiwan yang di dalam kesusahan.


Namun satu video yang viral di TikTok baru-baru ini telah membuat ramai netizen terharu dan menganggap sikap baik seorang rider makanan terhadap seekor anjing yang sedang lapar ini sangat luar biasa.

Menerusi perkongsian @amypetsstore, video itu memaparkan seorang rider dilihat sedang ‘menghidang’ makanan yang dipesan oleh seorang pelanggan buat anjingnya.

Anjing 1

Menurut video itu, pemilik anjing berkenaan lupa memberikan makanan buat haiwan peliharaannya, jadi dia memesan makanan dari Grab dan meminta rider hanya meletakkan ia di depan pagar.

Namun tindakan penghantar makanan tersebut sangat menyentuh hati apabila dia dilihat telah membuka makanan tersebut buat anjing berkenaan dan mengipas makanan itu dek kerana ia masih panas.

Anjing 2

Tak cukup dengan itu, dia juga siap sediakan air buat haiwan tersebut dan menemani anjing itu sehingga ia habis makan. Sisa makanan serta bekas polisterin kemudian dibuang ke dalam tong sampah selepas semuanya selesai. Wah saluteee! 

@amypetsstore

AMANAH dalam menjalankan tugasan yg diberi.. ? #abggrabfood #kucing #viral #fypシ #tiktokmalaysia #kucing #dog

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

“Bertuah anjing ni. Owner sayang, abang grab pon sayang” 

Video tersebut telah mendapat komen positif daripada netizen yang rata-rata memuji tindakan rider tersebut yang berbuat baik kepada haiwan seperti anjing.

Menurut pemilik akaun TikTok ni, dia tidak pasti video tersebut berlaku di mana namun sikap rider itu ternyata membuatkan ramai yang respect dengannya.

Komen Video Abang Grab Beri Makan Pada Anjing

Semoga ramai daripada kita dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat dari video ini. 

Baca: “Anjing dah menunggu” – [VIDEO] Aksi Abang J&T ‘Selamba’ Hantar Parcel Dekat Rumah Ada Anjing, Buat Netizen Terhibur

Anjng Jnt

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.