Seorang penunggang p-hailing mendedahkan dirinya terpaksa berhadapan dengan banyak bentuk gangguan seksual ketika berurusan dengan pelanggan.
Dalam posting TikTok @mifzz, lelaki tersebut telah mendedahkan beberapa perbualan yang tidak masuk akal antara dirinya dan segelintir pelanggan yang membuat pesanan secara dalam talian.
Malah, ada juga pelanggan yang sanggup membayar ‘dengan cara lain’ semata-mata ingin mendapatkan makanan secara percuma.
Tetapi, apa yang membuatkan netizen kagum adalah kesanggupan lelaki tersebut untuk menolak sebarang pesanan yang memerlukannya untuk melakukan perkara-perkara tidak senonoh.
Malah, lelaki tersebut juga pernah mencuba aplikasi p-hailing lain untuk mengelakkan gangguan-gangguan sebegitu, namun keadaannya tetap sama.
Katanya, semua ini adalah dugaannya sebagai seorang rider. Dalam ruangan kapsyen, dia sempat menulis ‘sabar sahajalah’.
Artikel berkaitan: ‘Yelah saya bawa Grab je’ – Akaun TikTok Baru Aslam Tarik Perhatian Netizen, Follower Cecah 20K
Artikel berkaitan: Sanggup Redah Banjir, Abang Grab Bantu Bersihkan Longkang Tersumbat Untuk Surutkan Air
Dalam ruangan komen, netizen menyifatkan lelaki tersebut sebagai ‘satu dalam sejuta’.
Kata mereka, lelaki mahal sepertinya jarang ditemui pada zaman sekarang.
“Hai, tak faham orang sekarang. Order makanan sahaja sudahlah. Ini order bukan-bukan,” kata Ummu Aina.
“Tak sangka lelaki pun tak selamat dah sekarang, bertabahlah abang,” kata Alynn.
“Saya respect abang sebab tak goyah,” kata Ainimunirah.
Ketika artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah menerima 58,400 likes dan 2,039 komen.