in

“Anjing dah menunggu” – [VIDEO] Aksi Abang J&T ‘Selamba’ Hantar Parcel Dekat Rumah Ada Anjing, Buat Netizen Terhibur

Fi Abang Jt Jumpa Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kalau kita terserempak dengan anjing liar, mesti kita dah ‘kecut perut’ dan rasa nak lari saja sebab takut dikejar. Kalau kita tanya dekat orang ramai, mesti golongan rider makanan atau penghantar barang ni paling banyak pengalaman dikejar anjing ni.


Namun lain pula cerita bagi seorang abang J&T ni, lepas dia dilihat tak gentar langsung walaupun ada beberapa ekor anjing dah tunggu masa dia datang.

 

Tenang walau anjing depan mata

Sejak beberapa hari lalu, tular sebuah video yang menunjukkan reaksi ‘selamba’ seorang pekerja kurier ini semasa menghantar parcel ke sebuah rumah di sekitar Kuala Kangsar, Perak.

Menerusi posting dikongsikan oleh @Nur’ itu, menunjukkan seorang lelaki ini sedang berada di luar rumah seorang pembeli ini. Disebabkan pembeli itu belum keluar dari rumah, maka dia pun menunggu sambil bersandar pada keretanya.

Abang Jt Jumpa Anjing 1

Sewaktu sedang menunggu itu, terlihat juga ada dua ekor anjing jalanan yang berada betul-betul di depan lelaki berkenaan sambil melihat kepadanya.

Walaupun berada dekat sebegitu, dia sikit pun tak kelihatan cuak dan dengan muka tenang sempat lagi menguap sambil menunggu penerima bungkusan itu keluar.

Selepas beberapa ketika, dia hanya meletakkan parcel tersebut di atas pagar rumah tersebut sambil didekati anjing-anjing itu. Macam tak ada apa, abang J&T ni pun terus bergerak dan masuk semula ke dalam kereta untuk beredar. Macam mana muka dia boleh maintain eh?

Perkongsian video tersebut mula mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 190k tontonan sewaktu artikel ini ditulis.

@hyeitsme4

♬ original sound – Nur’ – Nur’

 

“Kalau aku tak rilek dah tu”

Di ruangan komen, aksi yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut nyata membuatkan rata-rata netizen terhibur. Ada yang menyifatkan, tak ramai orang yang boleh tenang macam tu, dan ada juga yang bergurau menyatakan mesti dalam hati abang J&T ni dah baca-baca apa yang patut dalam hati.

Reak Abang Jt Jumpa Anjing 1 Edit Reak Abang Jt Jumpa Anjing 2 Edit Reak Abang Jt Jumpa Anjing 3 Edit Reak Abang Jt Jumpa Anjing 4 Edit

Mungkin dah banyak kali hadap sampai tak takut dah dia. Kalau min memang wasalam dulu lah. Siapa macam min? Baik mengaku..

 

Baca : [VIDEO] Rider FoodPanda Rempuh Pagar Rumah Orang Gara-gara Dikejar Anjing Liar

Foot Abang Jt Jumpa Anjing

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.