in

“Salah tempat ni dik”- [VIDEO] Kucing Bikin Suspen, Datang Nak Beranak Dekat Klinik Gigi

Fi Oyen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang alami pengalaman ada kucing yang beranak dekat rumah korang?


Mesti masa tu korang dah panik kan nak buat apa. Kalau ada tu samalah kita hehe.

Tapi kalau ada kucing yang menumpang dekat rumah korang tu maknanya tempat tu betul-betul selamat untuk dia.

Namun lain pula yang jadi dalam situasi, ini apabila seekor kucing ni boleh dianggap ‘salah tempat’ nak melahirkan anaknya.

 

Oyen cari tempat beranak dekat klinik gigi

Baru-baru ini telah tular di media sosial kejadian tentang seekor ‘Oyen’ yang membuatkan ramai orang cemas.

Ceritanya apabila kucing tersebut datang ke sebuah klinik gigi untuk mencari tempat selesa untuk beranak.

Pada awalnya, staf di klinik tersebut menganggap bahawa kucing itu sedang lapar kerana dilihat ia berlegar dan mengiau di kawasan klinik itu.

Namun bila dilihat pada perutnya yang begitu besar, staf disana dah mula resah merasakan yang dia nak mencari tempat untuk melahirkan anaknya.

Beberapa buah video telah dimuat naik di akaun TikTok @gadislesungbatu dan sehingga kini telah meraih hampir 2 juta tontonan.

@gadislesungbatu

meow yg bikin panik semua org?

♬ original sound – gadislesungbatu – gadislesungbatu

 

Habis cemas semua staf

Disebabkan risau si Oyen itu beranak di tempat tak sepatutnya, hampir semua staf yang ada di tempat kejadian menjadi panik.

Selain itu, ada staf yang mencari kotak kosong untuk kucing itu.

Sambil mencari kotak untuknya, Oyen itu terus mengiau dan mengikut saja staf itu pergi kemana. Betul jadi macam pesakit eh dia ni, gerammm je.

@gadislesungbatu

Reply to @mslukashi esok kalau sy jumpa si meow , sy update ya guys ?

♬ original sound – gadislesungbatu – gadislesungbatu

 

Rupanya rehearsal je

Di sebalik kekalutan yang berlaku di klinik itu, rupa-rupanya kucing tersebut belum nak melahirkan anaknya lagi. Menurut staf disitu, mereka bagai kena game dengan haiwan comel itu.

Namun kucing tersebut hanya duduk di tempat yang telah mereka sediakan untuknya itu.

Di samping, si perakam menganggap kejadian yang berlaku itu hanyalah rehearsal untuk kucing tersebut waktu sebenar tiba.

@gadislesungbatu

Reply to @fazlifazli34 betul laa smlm oyen kasi game kami .. dia rehearsal ja tu?

♬ original sound – gadislesungbatu – gadislesungbatu

Wahhh oyen zaman now, ada due date juga tu. Gerammmm je tengok!

 

Baca : “Aku je ke yang tak puas hati dengan cara dia” –  [VIDEO] Isteri Diserang Kucing Hutan, Tapi Tindakan Suaminya Dipertikai

Fi Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.