in

“Salah target”- Kejam! 7 Sekeluarga Disembelih & Dibakar Hidup-hidup Masa Dalam Perjalanan Ke Majlis Kahwin

Featured 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga wanita dan sekurang-kurangnya enam kanak-kanak disembelih oleh lelaki bersenjata dipercayai kartel dadah semasa dalam perjalanan ke sebuah majlis perkahwinan.


Insiden dilaporkan berlaku dekat sempadan Amerika Syarikat-Mexico dengan kesemua mayat ditemui dalam sebuah kereta utiliti sukan (SUV) yang terbakar.

Menurut dailystar, mangsa dikenali sebagai Rhonita Maria LeBaron maut dibunuh bersama dengan anak kembarnya berusia enam bulan, Titus dan Tian serta dua lain kanak-kanak lain dikenali sebagai Krystal, 10 tahun dan Howard, 12 tahun.

Selain itu Christina Langford Johnson, 31 tahun, Dawna Ray Langford, 43 tahun dan dua anak Dawna, Trevor, 11 tahun dan Rogan, 3 tahun turut ditembak mati.

Dibawah merupakan antara mangsa-mangsa yang maut

2 20610000 7650129 Image M 14 1572928500666

0 Identified As Rhonita Maria Lebaron Pictu A 39 1572930559426
Sumber: dailystar

Dilaporkan sekurang-kurangnya 17 orang yang terdiri daripada keluarga LeBaron dan Langford dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan dengan menaiki caravan.

Sebelum lelaki bersenjata melepaskan tembakan pada caravan dan mengenai tangki minyak sebelum meletup.

1 Na And Her Baby Faith Have Been Reported M 37 1572930486582

1 Screen Shot 2019 11 05 At 055409
Sumber: dailystar

Lebih menyedihkan apabila salah seorang ahli keluarga yang enggan namanya didedahkan memberitahu, dia menjumpai kenderaan tersebut yang hangus terbakar dan didalamnya masih ada anak saudara lelaki isterinya dan empat orang anaknya.

Keluarga ini menuju majlis perkahwinan pada Isnin sebelum diserang lelaki bersenjata dipercayai kartel dadah dari Chihuahua, berhampiran bandar Bavispe, dan saya percaya ia adalah kes salah identiti”

Dipercayai sekurang-kurangnya 13 lagi individu dari keluarga itu masih gagal dikesan.

Baca : Daripada Penagih Dadah Kepada Tony Stark, Ini Kisah Turun Naik Pelakon Adiwira Iron Man Yang Korang Perlu Tahu

Stark

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.