Biasanya kalau lelaki kahwin dengan lebih dari satu isteri, ia dipanggil poligami. Tapi, macam mana pula kalau isteri ada beberapa suami? Wujud ke?
Mengejutkan, memang ada wanita yang mempunyai lebih dari sorang suami tau. Amalan ini dipanggil sebagai poliandri dan ia merupakan “tradisi” di salah sebuah daerah di India bernama Baghpat.
Menurut Gulf News, poliandri popular di sana kerana fenomena “kekurangan wanita untuk dijadikan isteri” disebabkan oleh jumlah jantina tak seimbang.
Kalau korang nak tahu, fenomena ini berlaku sebab ibu bapa sering gugurkan bayi perempuan kerana merasakan yang bayi perempuan lebih mahal untuk “dibela” berbanding lelaki.
Menurut Telegraph, mangsa situasi ini adalah remaja berusia 17 tahun, Majida yang kongsikan “seksaan” dia selepas dia dikahwinkan dengan seorang pemandu lori. Dia telah dipaksa untuk menjadi isteri kepada adik beradik suaminya. Lebih teruk lagi, kalau dia cakap “tak nak”, Majida akan didera dan dirogol.
Dorang datang hari lain-lain, ikut giliran masing-masing.”
Apa yang lebih menyedihkan, Majida mempunyai dua orang anak tapi dia tak tahu siapa bapa sebenar anak-anaknya.
Seorang lagi wanita, Munni, turut mengalami nasib yang sama seperti Majida. Reuters berkata, Munni dipaksa melakukan hubungan seks dengan adik-beradik suaminya dan mengandungkan anak-anak mereka.
“Suami saya dan ibu bapanya berkata saya perlu kongsikan diri saya dengan adik beradik yang lain. Dorang “ambil” saya bila-bila masa dorang nak.
“Tak kira malam atau siang. Bila saya menolak, dorang akan pukul saya dengan apa-apa objek yang dorang boleh capai.
“Kadang-kadang dorang akan buang saya ke luar rumah, siram saya dengan minyak tanah dan bakar saya.”
Nasib baik Munni berjaya melepaskan diri dari neraka tersebut selepas dia memberikan alasan untuk keluar pergi berjumpa dengan doktor.
Pekerja sosial menerangkan, pengguguran bayi wanita telah menjadi masalah serius pada populasi wanita lebih-lebih lagi di tempat seperti Baghpat. Kesannya, jenayah seperti rogol, penyeludupan manusia, poliandri dan berkongsi isteri semakin meningkat.
Kerajaan India better cari jalan penyelesaian cepat-cepat. Dah nak 2020 pun wanita masih lagi ditindas macam ni…