in

Sakan Berparti Tak Patuh SOP, ‘Influencer’ Terperangkap Di Mexico Lepas Kena ‘Ban’ Dengan Syarikat Penerbangan

Influencer Kanada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Biar insiden ni jadi satu tamparan untuk kumpulan terbabit yang sibuk berparti tanpa patuh SOP ketika banyak hospital di negara dibanjiri pesakit positif COVID-19.”


1000X 1 1 E1641606258517

Begitulah kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pada Rabu lalu susulan kes tular influencer dan kumpulannya dari negara terbabit yang sakan berparti tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah COVID-19 di dalam sebuah penerbangan yang disewa.

Portal Independent melaporkan, influencer terbabit bersama kumpulannya kini terperangkap di Mexico selepas tiada syarikat penerbangan yang mahu membawa mereka pulang.

269912617 3074558212805221 5741544320614582905 N E1641606282556

Menerusi video yang tular itu, influencer terbabit bersama kumpulannya dilihat sibuk menyanyi, menari dan menghisap vape sambil berkongsi botol minuman keras ketika dalam sebuah penerbangan yang disewa menuju ke Cancun, Mexico.

Sejurus video terbabit tular, syarikat penerbangan Sunwing yang menyewakan pesawat terbabit kepada kumpulan itu segera membatalkan penerbangan pulang mereka. Selain itu, beberapa syarikat penerangan Kanada lain juga mengeluarkan kenyataan untuk ban kumpulan terbabit daripada menggunakan pesawat mereka untuk pulang.

“Kami mengutamakan keselamatan penumpang lain dan krew pesawat. Disebabkan itu, kami memilih untuk ban kumpulan ini daripada menggunakan perkhidmatan syarikat kami untuk pulang,” Air Transat berkata.

Influencers Aeropuerto Quintana Roo E1641606402728

Dalam satiu kenyataan lain, syarikat penerbangan Air Canada juga mengeluarkan kenyataan serupa sambil menekankan mereka boleh mengambil tindakan bagi mengenal pasti setiap penumpang dalam video viral terbabit.

Dalam pada itu, salah seorang kumpulan influencer terbabit mengaku dia kini positif COVID-19. Malah, dia juga percaya ramai lagi penumpang yang berada dalam penerbangan sama turut positif wabak sama.

Selain terperangkap di negara lain bersama dengan penumpang lain yang mungkin positif wabak COVID-19, kumpulan terbabit juga difahamkan bakal berdepan denda akibat tindakan mereka.

Sumber: Independent

Baca: 13 Polis, 2 Bomba & 1 Askar Antara Yang Ditahan Kerana Langgar SOP Untuk Berdisko

Collage 10 E1641604533997

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.