Semenjak isu JAKIM dan pengakuan parents Nur Sajat yang kata anak dorang ni khunsa, netizen nampaknya dah kurang bercakap sangat pasal usahawan kecantikan ni. Jadi baru-baru ni seperti dijanjikan Sajat, dia akan lancarkan single keduanya bertajuk Makhluk Penggoda tak lama lagi.
Ni teaser video clip Makhluk Penggoda bagi korang yang tertanya-tanya. Bukan main ‘menggoda’ Sajat dalam ni.
Masa dalam satu sidang media di The Ame Soeur dekat Bukit Jalil, Sajat dedahkan satu rahsia yang akan buat perempuan kat luar sana tersedak kalau dengar ni. Kata Sajat, dia kerap terima mesej godaan dan ayat-ayat berbaur lucah daripada lelaki yang tak dikenali di laman sosial, lapor mStar. Whuutt??
Kekasih Coach Yin ni mengaku mesej yang diterimanya tu bukan je dihantar secara peribadi dekat dia tapi wakil stokis dan ejen bisnes dia pun asyik terima mesej yang serupa. Ciss sapa yang gatal tangan hantar mesej macam ni!
“Sejak semakin popular ni, banyak betul mesej godaan termasuklah foto lucah yang saya terima di WhatsApp dan Instagram.
“Bila kita tak layan permintaan mereka, mulalah jadi haters dan komen yang bukan-bukan di laman sosial tersebut,” kata Sajat.
Tapi setakat ni Sajat tak adalah sampai nak laporkan dekat pihak berkuasa sebab gangguan tu. Cumanya kalau perkara ni dah keterlaluan sangat, hakak Sajat kata dia takkan teragak-agak untuk bagi pengajaran dekat mereka yang terlibat. Jangan main main okay dekat akak Sajat. Fuhh perempuan!
“Selalunya saya abaikan sahaja mesej tidak berfaedah macam itu, kalau dilayan semakin menjadi-jadi. Tak fasal-fasal nama kita juga yang buruk nanti.
“Kalau melampau sangat, saya akan block akaun tersebut dan jika perlu saya akan tularkan akaun itu sebagai pengajaran,” jelas Sajat.
Soseh-soseh tentang perkembangan terbaru, Sajat sekarang terlibat dalam satu rancangan realiti, Nur Sajat rated xtra yang korang boleh tengok dekat portal Tonton bermula 28 Februari lalu lagi. Dia juga sekarang dah bersedia untuk terima kritikan orang ramai pasal lagu Makhluk Penggoda yang nak keluar tak lama lagi.
“Lagu pertama dulu pun kena kritikan hebat, jadi untuk lagu kedua saya dah bersedia dengan sebarang kecaman.
“Biasalah kita tak boleh nak puaskan hati semua orang dan saya sertai bidang nyanyian ini hanya suka-suka. Yang peliknya, walaupun netizen tak suka, mereka tetap nak tengok kan?” ujar Sajat.
Jadi berhati-hatilah girls di luar sana. Pantau suami dan bf korang manalah tahu kalau dorang pun minat Sajat jugak… Bahaya ni!
Baca: Sajat Bakal Keluar Dengan Single Baru, ‘Makhluk Penggoda’. Teaser Dah Keluar!