Terdapat kajian awal yang diterbitkan di Medrxiv.org yang mengatakan bahawa orang yang berdarah A adalah lebih mudah dijangkiti wabak Coronavirus, lapor Berita Harian.
Kajian ini membandingkan individu yang berdarah A dan individu yang berdarah O. Nasib baik admin darah O.
Kebanyakan pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Shenzhen dan Wuhan, China terdiri daripada individu yang berdarah A.
Penyelidik kajian itu juga menasihati pesakit berdarah A untuk meningkatkan imunisasi badan mereka supaya risiko jangkitan dapat dikurangkan.
Walaupun kajian ini masih lagi berada di peringkat awal, kita masih boleh gunakan panduan ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Dalam kajian itu juga, 37.75 peratus pesakit COVID-19 di Hospital Wuhan Jinyingtan mempunyai darah jenis A. Lapan puluh lima daripada 206 pesakit yang meninggal juga adalah berdarah jenis A manakala hanya 52 kes kematian melibatkan individu darah O.
Namun, kajian ini masih memerlukan lebih banyak sampel darah. Saintis lain pula mengingatkan orang awam agar tidak panik kerana kajian ini masih berada di peringkat awal.
So, kalau korang darah A ke, darah B ke atau darah O sekalipun, korang still kena jaga kesihatan dan sentiasa cuci tangan.