in

“Terpaksa sambut hari jadi di hospital” – Wanita Mengandung Positif Covid-19 Kongsi Pengalaman Dijangkiti Coronavirus

Feature 2.1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, kes keseluruhan wabak Covid-19 di negara ini telah menjangkau angka 673 manakala bilangan pesakit yang telah sembuh pula 49 orang. Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana rasanya ditahan di wad hospital akibat jangkitan Coronavirus ni kan? 


Menurut perkongsian di Twitter, Amy telah berkongsi pengalaman rakannya, Farah Salwani yang telah ditahan di wad akibat wabak ini.

 

Farah yang juga sedang hamil tiga bulan telah dikuarantin di wad selama 12 hari di Hospital Kuala Lumpur setelah disahkan positif Covid-19. Selain itu, dia juga tidak dibenarkan menerima pelawat sepanjang tempoh tersebut.

Kalau ada yang nak hantar makanan, barangan tersebut akan dibawa masuk oleh jururawat atau petugas kesihatan yang lengkap memakai Personal Protective Equipment (PPE).

Yang lagi menyedihkan, Farah juga tidak boleh berjumpa dengan anaknya dan anaknya telah dijaga oleh adiknya yang turut dikuarantin di rumah. Manakala, suaminya juga dikuarantin di hospital yang sama.

Wanita ini telah memuat naik insta story tentang pengalamannya menerima rawatan. Baca ni. 

Wani 1

Wani 2

Wani 3

Wani 4

Alhamdulillah, kini Farah Salwani telah pun sihat sepenuhnya dan telah dibenarkan untuk keluar daripada hospital.

Selepas pesakit sembuh, difahamkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ke rumah pesakit dan membuat disinfection spray untuk membersihkan kawasan tersebut daripada virus.

Admin doakan semoga pesakit-pesakit yang lain juga akan cepat sembuh seperti Farah. 

Baca: “Mata rasa terbakar, kepala macam nak pecah” – Pesakit-pesakit Coronavirus Kongsi Simptom Penyakit 

Pesakit

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.