in

“Sah peragut atau penyamun…” – Lelaki Mengamuk Kena Tegur Merokok Dalam Restoran, Serang Dengan Parang

Kena Tetak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Sah peragut atau penyamun..." - Lelaki Mengamuk Kena Tegur Merokok Dalam Restoran, Serang Dengan Parang
Loading
/

Berang ditegur merokok, seorang lelaki bertindak menetak individu yang menegurnya. Kejadian berlaku pada jam 3.40 petang di Taman Pertama, Ipoh ketika mangsa sedang berjalan dengan isterinya untuk masuk ke kereta mereka.


Menurut Harian Metro, mangsa berusia 36 tahun cedera parah selepas ditetak lebih kurang 5 kali menggunakan parang di hadapan isterinya yang berusia 31 tahun. Semuanya berlaku dengan pantas, kejadian tersebut berjaya dirakam CCTV di sebuah restoran dan kini viral di media sosial.

Video tersebut menunjukkan mangsa yang memakai tshirt berwarna hitam sedang berjalan dengan isterinya menuju ke kereta. Tiba-tiba suspek berlari ke arah mangsa dan menyerangnya dengan parang. Suspek yang memakai topi keledar dan tshirt merah tu dirakam menetak mangsa berkali-kali sebelum melarikan diri.

Tetak

Tetak 4
sumber: twitter

Mengikut posting di Twitter, suspek dikatakan berang kerana ditegur oleh mangsa kerana merokok di dalam restoran. Bagaimanapun, menurut laporan media isteri mangsa mengesyaki kejadian malang tu ada kaitan dengan perniagaan suaminya. Mangsa mempunyai bisnes kafe siber di kawasan tersebut. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner, Mohd Ali Tamby berkata,

“Isteri mangsa menyatakan dia ada di tempat kejadian semasa suaminya ditetak dan cuba menyelamatkan mangsa dengan menarik mangsa daripada terus di tetak.”

Isterinya juga berkata dia tidak sempat untuk meneliti muka suspek kerana memakai topi keledar berpenutup muka. Mangsa kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan dilaporkan telah dibedah.

“Doktor yang menjalankan pembedahan memaklumkan belakang badan mangsa terdapat kecederaan luka sepanjang 7 sentimeter dan kedalaman 4 sentimeter sehingga nampak tulang rusuknya.

“Kaki mangsa juga cedera dan mangsa masih tidak sedarkan diri akibat ubat bius semasa pembedahan, manakala isterinya yang menghalang mangsa daripada terus ditetak tidak mengalami sebarang kecederaan.”

Netizen yang tonton video CCTV tu dekat media sosial rata-rata memuji tindakan isteri mangsa yang berani melindungi suaminya meskipun tahu suspek mempunyai senjata. Ada juga berharap polis akan dapat tangkap suspek dengan cepat.

Komen Tetak
sumber: twitter

Tonton rakaman CCTV tu di bawah:

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang giat mengesan suspek.

Baca: Lelaki Serang Perokok ‘Degil’ Di Kedai Kopi Dengan Gergaji Kerana Bengang Teguran Tak Dilayan

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.