in

Lelaki Serang Perokok ‘Degil’ Di Kedai Kopi Dengan Gergaji Kerana Bengang Teguran Tak Dilayan

Collage 5

Kita selalu dengar orang merungut di media sosial bila dorang tak suka orang merokok dekat tempat awam. Ada yang berani sikit, dorang tegur direct je perokok ni tapi selalunya perokok akan marah dorang baliklah.

Kisah yang admin nak cerita ni lain sikit, menurut World Of Buzz, semuanya bermula pada satu petang di kedai kopi di Singapura. Seorang lelaki botak bertatu menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap seorang lelaki yang merokok berhampiran dengannya.

Menurut Tan yang merupakan saksi kejadian dan juga rakan kepada lelaki berkepala botak, pertengkaran kedua lelaki ini menjadi lebih hangat apabila perokok tersebut mula melawan dengan bercakap perkara-perkara yang menyakitkan hati.

Smoking
Gambar hiasan

“Kawasan merokok itu agak sempit dan orang yang duduk di sebelah kami asyik gerakkan kerusi dia ke arah kami dan buat keadaan bertambah sempit. Kerana, jarak antara kami agak dekat, asap perokok ini telah mengganggu kami. Kami cuba suruh dia untuk berhenti tapi dia tak hiraukan permintaan kami.

Keadaan menjadi lebih teruk bila lelaki botak cuba menegur perokok ini sekali lagi, kali ini perokok yang bengang ditegur, berdiri dan menjerit mengatakan kawasan ini adalah kawasan merokok dan dia ada hak untuk merokok.

Pertengkaran ini terhenti bila lelaki botak ini beredar dari kedai kopi itu. Namun, 10 minit kemudian dia muncul kembali dengan gergaji sepanjang 30 sentimeter! Ini betul punya marah.

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki botak ini hayun gergaji yang dia bawa sambil meluru ke arah perokok tersebut. Pantang berundur sebelum bertarung, perokok ini juga telah mengambil botol arak dan berjalan ke arah penyerangnya. Wey macam filem Shamsul Yusof!

Nasib baik, ada tiga orang lelaki yang berani untuk masuk campur dan cuba memegang lelaki botak ini. Mereka kemudian memanggil polis dan ambulan untuk bantuan. Lelaki botak ini cedera di kepala manakala perokok tersebut luka di kepala dan telinga.

H
Sumber: stomp

Polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini dan telah menahan lelaki botak berusia 51 tahun atas tuduhan memiliki senjata bahaya dengan niat untuk mencederakan orang. Kedua lelaki ini menerima rawatan di Hospital Tan Tock Seng Singapura.

Benda ni takkan jadi macamni kalau dua-dua ada sikap tolak ansur. Pada korang, siapa salah?

 

Baca: “Bila cakap orang tak merokok ini bodoh..Marah” – Perokok Kena ‘Bash’ Teruk Sebab Sindir Pelanggan Bawa Anak Makan

Screenshot 2019 04 05 At 3.26.16 Pm