in

Safiey Nak Jadi Inspirasi Wanita

Beranganlahkau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya pertikaian antara Safiey Ilias dan pendakwah PU Amin masih belum selesai. Semalam Amin ada muat naik gambar satu majlis pelancaran produk kecantikan dihadiri oleh Safiey kat ibu kota.


Satu gambar menunjukkan Safiey memakai baju gaun yang terang-terang gaya kaum wanita dan satu gambar lagi menunjukkan golongan transgender ramai-ramai pakai gaun jugak atas stage. 

37774926 10210137900238879 8725416324580245504 N
sumber: facebook

Dalam entri tu Amin berterima kasih kat orang yang tag dan minta dia tegur kes ni. Tapi katanya dia dah tak mampu tegur golongan yang terus mencabar kesucian agama ni sebab semuanya dia dah buat.

Menurut Harian Metro, Safiey mengulas pasal entri Amin tu dan katanya dia pakai macam perempuan sebab hanya nak ikut kehendak fesyen. Lagipun pakaian dia sopan je katanya.

“Siapa yang biasa dengan industri fesyen akan lebih faham. Saya juga dapat membantu industri fesyen tempatan untuk terus berkembang, selain memberi peluang kepada lebih ramai pereka berkarya dengan kreatif setanding pereka antarabangsa.”

37674751 10210137900438884 3392211826610536448 N 1
sumber: facebook

“Malah, saya bakal bekerjasama dengan beberapa pereka (fesyen) tanah air, sekali gus menyumbang kepada (bayaran) zakat dan cukai serta membantu ekonomi negara.”

Safiey jugak menyatakan yang jihadnya adalah untuk memberikan inspirasi kepada wanita dan sesiapa sahaja terutamanya ibu tunggal serta belia untuk menjana pendapatan. Tapi katanya itu tak bermaksud dia nak suruh orang lain jadi macam dia.

“Bagi saya, setiap manusia ada proses kehidupan sendiri. Ini dugaan saya dan akan terus berdoa semoga hidayah itu dipermudahkan.”

Alahaikauni
sumber: instagram

“Tidak sesekali saya menyuruh mereka menjadi seperti saya. Kita lihat daripada aspek yang lebih mendalam iaitu kejayaan saya di usia muda dengan menyelami aspek positif. Contohi mana yang baik dan yang buruk itu dijadikan sebagai pedoman.”

Semoga Allah SWT berikan hidayah dan petunjuk kat dorang dan kita semua.

Baca: Kalau Betul Bertaubat, Padam Semua Gambar Pondan!

Silap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.