in

Kalau Betul Bertaubat, Padam Semua Gambar Pondan!

Sapi So Sapi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas terpalit dengan kontroversi video ‘laga tetek beberapa hari lepas, Safiey Ilias muncul dengan permohonan maaf kononnya dia tak berniat untuk cemarkan agama Islam dan takkan ulangi kesilapan yang dia dah lakukan.


Tapi permohonan maaf Safiey dianggap macam main-main atau sandiwara oleh PU Amin selagi usahawan kosmetik tu tak padam video dan gambar-gambar pondannya daripada media sosial, lapor Sinar Harian.

26168368 10208871394177019 321246807086759853 N
sumber: facebook

Menurut PU Amin, dia yang kerap menegur sikap buruk Safiey tu takkan menutup mulutnya dan akan terus tentang kelakukan kurang sopan Safiey serta golongan transgender lain selagi dorang tak tunjukkan yang dorang benar-benar bertaubat. Ini antara kata-kata PU Amin yang dikongsikan di Instagram.

37315275 10210098066283055 1084812956903931904 N
sumber: facebook
37305689 10210098066163052 6410368238378549248 N
sumber: facebook
37218400 10210098066203053 3644026296045928448 N
sumber: facebook

Menerusi posting PU Amin sebelum ni, dia jugak telah meletakkan 3 tuntutan yang perlu Safiey atau nama sebenarnya Saifuddin Ilias perlu lakukan kalau betul-betul mahu berubah: 

  • Memohon maaf kepada seluruh umat Islam.
  • Berazam tidak akan mengulangi dan menasihati rakan-rakan lain untuk tidak menggunakan kaedah dan gaya hidup transgender dalam apa jua bentuk promosi bisnes atau saja-saja.
  • Memadam semua gambar dan video berpakaian wanita di media sosial.
Sapi 1
sumber: instagram

Walau macam mana pun, sehingga sekarang Safiey belum lakukan perkara ketiga tersebut dan sebab tu lah PU Amin menganggap jutawan kosmetik ni tak serius dengan permohonan maaf tu.

Susulan tu, PU Amin melalui akaun media sosialnya meminta netizen memboikot Safiey Ilias dengan tidak follow, like atau share apa-apa posting Safiey serta jangan membeli produk keluarannya sehingga individu ni bertaubat. Rata-rata netizen menyokong tindakan PU Amin.

37214735 1874343272588207 8276385027156082688 N
sumber: facebook
Boikot
sumber: facebook

Kalau betul-betul bertaubat, janganlah upload atau simpan gambar lama semasa zaman pondan tu. Semoga Safiey kembali ke pangkal jalan…

Baca: “Jemput pelajar tahfiz, tapi apa acara laga tetek” 

Laga Teteks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.