“Nampak je macam gangster” – [Video] Netizen Cair Tengok MK Lemah Lembut Dengan Mak Sendiri & Orang Tua

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Populariti kumpulan hip hop dari Sabah, K-Clique yang semakin meningkat naik ni buatkan dorang menjadi perhatian ramai orang. Lebih-lebih lagi salah seorang dari anggota dorang yang sememangnya menjadi kegilaan ramai remaja perempuan sekarang, MK.

Setiap hari admin perasan ada je orang yang akan upload gambar dan video MK di media sosial. Baru-baru ni, seorang pengguna Twitter telah memuat naik video IG Live MK bersama ibunya dan video ni saja dah berjaya meraik lebih dari 12k likes.

Mana taknya, dalam video ni, korang boleh tengok betapa comelnya MK ber-IG Live bersama ibunya dan mengusik ibu dia yang tengah makan pisang sebelum dia menegur seorang pak cik di hujung video dengan memberi salam dan cium tangan pak cik tersebut. Beradab sungguh.

Bukan tu je, dalam IG Live yang sama juga, MK sempat mengajak ibunya rap bersama-sama dan ibu MK sangat sporting you guysss!

Comel kan?! Netizen pun tak keruan tengok telatah MK dan ibunya sampaikan sebelum ada yang tak minat pun MK tapi lepas tengok video ni terus minat. Fuyooo dasat

Admin suka ada cerita-cerita positif pasal artis ni, barulah berwarna-warni industri hiburan kita ni. Tak gitu?

 

Baca: “Nampak sangat MK tak selesa” – Ambil Kesempatan Waktu Bergambar, Wanita Ini Kena Kecam Dengan Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson