Pelakon Shukri Yahya tampil memohon maaf berikutan dengan kecaman terhadap dirinya yang menunjukkan isyarat jari tengah dalam sebuah foto bersama rakan-rakan sebelum ini.
Pemilik nama sebenar, Mohd Shukri Yahaya, 38, mengakui kekhilafan berkenaan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu gurauan kasar bersama rakan-rakannya yang sudah lama tidak bersua.
Artikel berkaitan : Viral Scene Kena Tendang, Sheila Mambo Minta Netizen Jangan Marah Janna Nick
Artikel berkaitan : Dituduh Bisnes Berjaya Sebab ‘Anak Dato’’, Ibu Pengasas Bulan Bintang Cerita Detik Sukar Tubuh Bisnes
“Bagi saya, itu sekadar guruan nakal bersama kawan-kawan rapat yang sudah lama tidak jumpa selepas disatukan dalam satu projek yang sama.”
“Apabila rakan saya iaitu Andy Teh minta izin mahu muat naik gambar itu, saya benarkan sahaja sebab tidak anggap benda itu serius.”
“Tetapi apabila ada pihak mula membesarkan perkara ini dan orang ramai mula kurang selesa, saya terus minta Andy untuk padam hantaran berkenaan. Walaupun sudah dipadam, isu ini masih terus diperkatakan.”
“Apa-apa pun, saya akui itu memang kesalahan saya dan saya memohon maaf.”
Biarpun begitu, Shukri turut meluahkan rasa hairan terhadap sikap segelintir netizen yang terlalu membesarkan isu tersebut atas alasan bimbang ia mampu memberikan kesan terhadap akhlak dan menjadi ikutan anak-anak kecil.

“Media sosial saya ini diikuti oleh orang-orang yang matang, yang boleh berfikir mana baik dan mana buruk. Kenapa benda ini perlu dibesarkan kononnya takut anak-anak terikut?”
“Daripada sibuk menegur atau mencari kesalahan orang yang jauh, lebih baik perhatikan kesalahan di sekeliling. Kalau betul takut anak-anak terikut benda tidak elok, kenaoa benarkan mereka main media sosial? Kan mereka masih budak-budak?”
“Daripada risaukan akhlak budak-budak disebabkan hantaran orang lain, lebih baik risaukan apa yang anak-anak itu tonton dan main di rumah. Perhatikan benda itu.”

Malah, Shukri juga menegaskan kepada netizen untuk tidak kaitkan isu tersebut dengan keperibadian isterinya. Katanya, tindakan tersebut langsung tidak mencerminkan hal rumah tangga atau profesionalisme kejayanya.
“Dah kenapa nak libatkan isteri saya pula? Saya tidak pernah campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerja mahupun media sosial saya.”
“Macam yang saya ulang, itu hanyalah hantaran bersama kawan-kawan saya. Saya salah dan tak ambil serius waktu kawan nak muat naik. Jadi tidak perlulah nak kaitkan dengan keluarga saya.”
Sebelum ini, foto Shukri yang menunjukkan isyarat jari tengah semasa bergambar dengan rakan-rakan selebriti telah mengundang kecaman.
Sumber: mStar Online
