Ryzal Duriankimchi Dikecam Edit Gambar Ucapan Mengundi Macam ‘Dalam Kenangan’

Tambah ke Sumber Pilihan
Ryzal Duriankimchi Dikecam Edit Gambar Ucapan Mengundi Macam ‘Dalam Kenangan’

Sehingga kini, kita dapat lihat ramai orang sudah mula muat naik foto atau video menunjukkan suasana tempat mengundi.

Ada pusat mengundi melihatkan para pengundi beratur panjang untuk menunggu giliran dan ada yang memaparkan foto jari berdakwat selepas menjalankan tanggungjawab bersama ucapan ‘Selamat Mengundi’.


Tapi, lain pula buat Ryzal Ibrahim yang menggunakan pendekatan suntingan gambar berwarna hitam putih dengan ucapan bertulis ‘Selamat Mengundi’.

Ucapan itu dibuat dalam tulisan jawi bersertakan gambarnya di bawah dan dia juga menulis ayat seperti ‘tinggalkan media sosial’ serta tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) malam tadi di Instagram.

Dilabel tak sensitif?

Screenshot 2022 11 19 122420Sumber: Instagram

Umumnya, kita dapat dilihat foto sebegini biasanya adalah satu simbolik ‘dalam kenangan’ untuk seseorang yang dah meninggal dunia.

Oleh itu, tindakan sebegini dilihat seperti membuatkan ramai netizen kurang senang kerana dianggap seperti tidak sensitif. Walaubagaimanapun, ada juga yang terhibur dengan cara yang Ryzal lakukan ini dan anggap ianya bukanlah satu isu.

Screenshot 2022 11 19 121314  Screenshot 2022 11 19 121346 Screenshot 2022 11 19 121409 Screenshot 2022 11 19 121457 Screenshot 2022 11 19 121516 Screenshot 2022 11 19 121610 Screenshot 2022 11 19 121930 Screenshot 2022 11 19 121955

Saya tak bergurau pun – Ryzal Ibrahim

Dalam masa 12 jam, foto tersebut telah meraih sebanyak 17.7K likes  dan lebih 1,100 individu yang memberikan pelbagai reaksi tersebut. Menyedari kecaman yang diberikan oleh netizen, Ryzal tampil memberikan respon untuk menegakkan pendiriannya.

Ryzal yang terkenal dengan nama Duriankimchi itu menafikan bahawa tindakannya itu adalah satu gurauan, dia juga menegaskan bahawa tiada apa-apa unsur lawak dalam foto tersebut.

“Saya hanya mengucapkan selamat mengundi, Itu pentingnya kita baca sampai habis, baru buat tafsiran bukan buat anggapan baru baca.”

Screenshot 2022 11 19 121327 1Sumber: Instagram

Membaca penjelasan yang dibuat oleh Ryzal, ramai netizen masih beranggapan bahawa ianya bukanlah satu tindakan wajar dilakukan kerana ia melibatkan sensitiviti. Namun begitu, ada juga yang menyokong kenyataan tersebut kerana ia satu perkara yang tak patut diambil pusing.

Hurm, apa pandangan korang?

Baca : Viral Foto Kabinet Perpaduan 2022, Anwar Jadi PM & 3 TPM Termasuk Zahid!

Ft Kabinet Perpaduan 1

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Ryzal Duriankimchi Dikecam Edit Gambar Ucapan Mengundi Macam ‘Dalam Kenangan’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ryzal-duriankimchi-dikecam-edit-gambar-ucapan-mengundi-macam-dalam-kenangan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM