Masa korang kecik-kecik dulu, korang pernah tak tengok cerita Sesame Street?
Buat korang yang tak tahu, Sesame Street ni merupakan siri televisyen kanak-kanak. Sangat popular di negara kelahirannya, Amerika Syarikat, siri ini mengabungkan sketsa komedi, animasi dan puppetry dalam menyampaikan content yang mendidik kepada kanak-kanak.
Sesame Street ni ada banyak watak puppet seperti Bert dan Ernie, Oscar the Grouch, Elmo, Cokkie Monster dan Big Bird.
Korang tahu tak yang salah satu watak terkenal siri ni ada ‘sepupu’ dari pelbagai negara di dunia?
Watak Big Bird, yakni seekor burung canary besar berwarna kuning dalam siri Sesame Street mempunyai ‘sepupu’ yang kelihatan lebih kurang sama dengannya cuma mempunyai warna bulu dan nama yang berbeza.
Perkongsian mengenai ‘sepupu’ watak Big Bird ini bermula selepas satu akaun peminat Muppet History memuat naik status yang mengatakan terdapat beberapa negara di dunia yang mempunyai co-production Sesame Street tersendiri.
Beberapa negara mempunyai co-production Sesame Street mereka yang tersendiri di mana mereka akan memaparkan budaya masing-masing. Malah, mereka juga mempunyai versi sendiri untuk watak Big Bird dan Oscar the Grouch,” katanya.
Susulan itu, akaun Twitter rasmi Big Bird telah menulis respon dan menyenaraikan ‘sepupu’ bagi watak ini.
I heard my friends on Twitter were asking about my cousins around the world! It’s true, I have a lot of bird cousins in different countries. Here’s a little bit about them:
— Big Bird (@BigBird) February 5, 2021
Jom sama-sama kita tengok!
1. Abelardo (Mexico)
2. Pino (Belanda)
3. Minik Kuş (Turki)
4. Poupas (Portugal)
5. Garibaldo (Brazil)
Apa pendapat korang? Kalau dilihat dari gambar, ‘sepupu’ Big Bird yang mana satu pilihan hati korang?
Sumber: NZ Herald,Twitter Big Bird
Baca: “Ingat bunga tu ganti awan” – Kisah Realiti Sebenar Kartun Spongebob Yang Ramai Orang Tak Tahu