in

‘Macam tak berbaloi’ – Gara-Gara Nak Bunuh Lalat, Habis Rumah Warga Emas Ini Terbakar

Gambar Hiasan 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lalat merupakan satu makhluk yang dianggap kotor dan sangat merimaskan. Ini kerana lalat kebiasaannya akan menghinggap dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan port kebiasaan bagi lalat ini adalah tong sampah.


Pun begitu, di Perancis, hanya disebabkan oleh seekor lalat, seorang warga emas menanggung kerugian selepas sebahagian daripada rumahnya terbakar.

Menurut BBC, segalanya berlaku ketika dia bersiap untuk makan malam di rumahnya di sebuah kampung dikenali Parcoul-Chenaud di Dordogne, secara tiba-tiba, dia dikatakan terdengar lalat berterbangan di sekelilingnya dan mencari dari mana datangnya bunyi itu.

21837601 Web1 200613 Lat Fatal House Fire 1

Tidak tahan dengan keadaan itu, dia mencari jalan menghalau serangga berkenaan, lelaki berusia 80 tahun itu cuba membunuh lalat berkenaan menggunakan pemukul lalat elektrik dan mengakibatkan percikan api tercetus.

Warga emas itu mengambil pemukul lalat elektrik untuk menghalau lalat itu dari dapurnya dan tanpa disedari, terdapat kebocoran gas menyebabkan percikan api dan ia menyambar serta membakar dapur rumahnya.

Akibatnya, api turut merebak ke bahagian lain rumahnya dan ia turut memusnahkan atap menyebabkan kediamannya tidak dapat dihuni buat sementara waktu.

Bagaimanapun, lelaki tua itu bernasib baik apabila terselamat dengan hanya luka kecil di tangan.

 

Baca: BAHAYA! Alza Terbakar Angkara Power Bank Yang Meletup Akibat Cuaca Panas

Capture 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.