in

Rumah Dinding Konkrit : Misteri Kelibat Mayat Tergantung Di Ruang Tamu Selalu Muncul Pada Waktu Malam

Rumahhantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cerita-cerita misteri ini agak subjektif, ada yang percaya ada yang tak. Bahkan ada juga cerita disebalik terjadinya kejadian misteri ini.


Pasti korang semua dah familiar dengan cerita seram Villa Nabilla, Kellie’s Castle, rumah banglo kayangan seksyen 12, rumah Mona Fandey semua tu kan? Kali ni, ada lagi kisah terbaru iaitu  Rumah Dinding Kongkrit.

Kurang pasti lokasi, tapi difahamkan, rumah misteri itu pernah ‘mengganggu’ penduduk setempat. Ada kisah disebalik misteri tersebut, baca thread daripada pemuda ini

.

Jauh dari kejiranan, terletak di hujung kawasan perumahan

Menurut sumber, rumah banglo ini terletak di kawasan perumahan mewah, kelilingnya agak sunyi. Rumah terbiar ini pernah dibeli oleh orang lain, namun tidak didiami kerana sering ternampak lembaga dan dibiarkan kosong sahaja.

Dalam pada itu, rumah yang dibiarkan kosong itu ada keluarga menetap dirumah tersebut. Pernah berlaku satu kisah tragis yang memberikan ‘impak’ sehingga kini.

 

Semua orang di banglo tersebut dibunuh

Dindingkonkrit

Sejak dari situ, ramai penduduk pernah ternampak kelibat mayat tergantung pada waktu malam apabila melalui kawasan tersebut.

Dindingkonkrit2

Tambahnya lagi kejadian bunuh membunuh itu berlaku dari orang dalam rumah itu sendiri. Pemilik rumah tersebut telah membunuh ahli keluarganya.

 

Owner rumah tersebut dikatakan mempunyai masalah gangguan mental / gila…bunuh isteri, anak-anak, jururawat peribadi sebelum gantung diri

Dindingkonkrit3

Sebab itulah ramai penduduk selalu ternampak kelibat mayat tergantung dari tingkap. Malah mereka juga rasa seolah-olah mereka sedang diperhatikan.

Disebabkan begitu, penduduk berpakat untuk simen tingkap dan pintu rumah tersebut agar tidak mengganggu pemandangan mereka.

 

Penduduk seringkali ternampak seakan-akan orang tergantung di ruang tamu rumah tersebut

Dindingkonkrit4

Tertarik dengan cerita daripada orang terdekat, pemuda ini tekad untuk explore dalaman rumah tersebut pada waktu malam bersama rakan-rakannya.

 

Suasana dalam rumah pada waktu malam

Dalam keadaan rumah tersebut teramat gelap sebab tingkap dan pintu telah disimen, tapi kata mereka ada satu pintu yang tak berkunci, cuma mereka enggan masuk. Malah keliling rumah dipenuhi dengan semak samun tinggi.

Kita semua percaya bahawa di dunia ini, selain manusia wujud juga penghuni ‘dari alam lain’. Jadi tak mustahil lah kalau kita ternampak kelibat-kelibat pelik secara tiba-tiba. Alahai kering betul hati kau dik

 

Baca : Banglo Berhantu Villa Nabila di Johor Bahru Kini Dijadikan Tempat Perlindungan Anjing Terbiar

Villanabila

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.