Rosmah Akan Didakwa Lebih 20 Tuduhan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Setelah berapa lama diam tak dengar khabar, tiba-tiba hari ni muncul berita tentang isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka akan didakwa.

Menurut NST, Rosmah akan didakwa “dalam masa terdekat” sementara penyiasat melengkapkan siasatan.

Sumber: Malaysiakini

“Menurut sumber yang rapat dengan perkara itu, Rosmah boleh didakwa lebih 20 tuduhan jenayah, kebanyakannya dikaitkan dengan dakwaan pengubahan wang haram.”

Salah satu dakwaan dikatakan mempunyai kaitan dengan “produk anti penuaan daripada AS bernilai RM1 juta” yang dipercayai dibeli dari wang SRC International.

Sumber: The Coverage

“Menurut sumber, bayaran cek lebih RM1 juta dibuat kepada seorang (individu berpangkat) ‘Datuk’ pada Feb 2015 untuk pembelian dua set ubat yang masing-masing bernilai RM500,000.”

Menurut Malaysiakini, doktor berkenaan dikatakan dah resign sebagai naib presiden persatuan perubatan yang dikaitkan dengan kepakarannya.

Sumber: NST

Bukan tu je, Rosmah juga dikatakan didakwa membeli “makanan kesihatan 100% berasaskan tumbuhan untuk mengekalkan keremajaan, semangat, daya hidup yang didakwa merupakan anti penuaan”.

Walau bagaimanapun, laporan tersebut tiada berikan butiran lanjut mengenai wang digunakan untuk produk kedua yang dinyatakan tu.

Follow Lobak Merah untuk perkembangan terbaru kes ni!

Baca: “Barang kemas untuk Rosmah lihat je, tak beli pun” – Peguam

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.