in

“Barang kemas untuk Rosmah lihat je, tak beli pun” – Peguam

Cantik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam heboh cerita pasal isteri bekas Perdana Menteri kena saman dengan tukang emas borong terkenal dari Lubnan. Datin Seri Rosmah Mansor disaman sebanyak USD 14.79 juta (hampir RM60 juta) bulan lalu dan syarikat tu menuntut 44 barang kemas supaya dipulangkan semula. Kalau tak, kena bayar ganti rugi.


Tapi menurut Sinar Harian, kenyataan mendakwa Rosmah beli puluhan barang kemas dariPADA tukang emas menggunakan wang curi tu adalah tidak benar dan tidak berasas. Hal ni dijelaskan oleh peguamnya Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent.

Rosmah 1
sumber: blog

Katanya barang kemas tu tidak dibeli pun, tapi sebaliknya hanya diperlihatkan kepada Rosmah sahaja. Oooh macam tu… Kumaraendran dan Geethan juga menyangkal laporan yang sebelum ni cakap Rosmah beli barang perhiasan harga sampai jutaan ringgit guna wang curi.

“Bagi pihak Datin Seri Rosmah Mansor, kami merujuk kepada laporan media berhubung saman difailkan sebuah syarikat tukang emas dari Lubnan kepada anak guam kami (Rosmah).”

“Kami ingin tekankan bahawa semua barang kemas itu dihantar kepada Rosmah untuk dilihat dan beliau tidak membeli satu pun barang kemas itu.”

Ok 1
sumber: malaysiakini

“Dakwaan tersebar mengatakan barang kemas itu telah dibeli, menggunakan duit curi pula adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.”

Kumaraendran dan Geethan juga ada cakap yang dorang selaku peguam kepada Rosmah perlu mengambil pendekatan untuk mempertahankan isteri bekas Perdana Menteri itu.

Kerajaan pula dijangka memohon kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk mencelah dalam kes saman tu kerana berpendapat barang kemas itu milik negara atas dakwaan pembelian yang dibuat menggunakan wang curi.

Oh macam tu rupanya…Maknanya 44 barang kemas mewah tu dorang bawak supaya Rosmah boleh tengok-tengok je lah ye?

Baca: Rosmah Kena Saman?

Ross

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.