in

Ronaldo Menangis Keluar Padang, Impian Piala Dunia Terkubur Di Tangan Maghribi

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Impian Cristiano Ronaldo untuk menjuarai Piala Dunia terkubur apabila Portugal tewas kepada Maghribi dengan jaringan 1-0. Usai perlawanan semalam, bintang dunia itu dilihat meninggalkan padang dengan linangan air mata, sambil dipujuk oleh beberapa individu.


Penyerang sensasi berusia 37 tahun itu mungkin tidak lagi berpeluang untuk merangkul trofi Piala Dunia selepas ada ura-ura mengatakan ini adalah Piala Dunia terakhir buatnya.

0 Ronaldo Itv

Bagaimanapun, Ronaldo masih lagi boleh berbangga dengan keputusan lain apabila dia berjaya menyamai rekod penampilan antarabangsa sebagai pemain dengan 196 penampilan bersama Portugal. Malah, Ronaldo juga memegang rekod lain yang masih tidak dipecahkan lagi oleh mana-mana pemain lain.

Selain itu, impian peminat bola sepak dunia untuk menyaksikan Messi dan Ronaldo bertemu di perlawanan akhir nampaknya tidak menjadi realiti selepas perlawanan semalam. Piala Dunia edisi kali ini dilihat sebagai yang terakhir buat kedua-dua pemain terulung sepanjang zaman ini.

Dalam satu berita lain pula, pemain Portugal, Bruno Fernandes dan Pepe membidas pengadil dari Argentina selepas kekalahan mereka awal pagi tadi. Jelas pemain Manchester United ini, faktor kewarganegaraan pengadil telah memberi kesan kepada permainan dan ia adalah tidak adil buat Portugal.

Tambah Bruno, pengadil sepatutnya memberikan lebih banyak masa kecederaan pada perlawanan tersebut, selain menegaskan pengadil dari negara pasukan yang masih bertanding tidak sepatutnya mengadili perlawanan.

Kredit: Berita Harian

BACA: Tewas Kepada Croatia Di Sepakan Penalti, Ramai Dakwa Brazil Terkena Sumpahan Kucing

Cats 10

Sumber: The Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.