in

“RM1669.20 sebotol kecil tapi..” – Ubat Remdesivir Pesakit Covid-19 Makan Kos RM13,353 Untuk Setiap Pesakit

Remdesivir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, ada khabar berita memaklumkan bahawa sejenis ubat antiviral Remdesivir telah dihasilkan khusus untuk Covid-19. Dimaklumkan bahawa ubat itu boleh jadi penawar kepada wabak terus kepada pesakit.


The Edge sebelum ini, ada melaporkan bahawa negara Malaysia sendiri akan mencari jalan untuk mengakses Remdesivir sekiranya ubat antivirus itu terbukti berkesan terhadap Covid-19. Ini kerana Malaysia dikecualikan dari perjanjian pelesenan sukarela untuk versi generik ubat tersebut.

Namun begitu tahukah anda ubat ini memakan kos belasan ribu ringgit untuk SEORANG pesakit?

 

RM 1669.20 sebotol kecil, kena pakai 6 botol untuk setiap pesakit

Lapor CNN, baru-baru ini harga ubat itu telahpun ditetapkan. Gilead Sciences, selaku syarikat yang membuat Remdesivir tersebut menjelaskan menerusi satu satu kenyataan semalam (29/6/2020) bahawa harga diskaun  telah ditentukan iaitu USD 390 (RM 1,669.20) sebotol kecil untuk pemerintah Amerika Syarikat.

Namun, ia merangkumi 6 botol kecil untuk merawat pesakit sepanjang 5 hari. Jadi, setiap pesakit perlu dikenakan caj sebanyak USD 2,340 (RM 10,15.20), kata Daniel O’Day, Ketua Pegawai Eksekutif Gilead Sciences..

Sementara itu, harga normal untuk syarikat perubatan swasta di US pula adalah USD 520 (RM2,225.60) untuk setiap botol. Jadi, untuk merawat setiap seorang pesakit selama 5 hari bermakna kena guna 6 botol kecil memakan kos sebanyak USD 3,120 (RM 13,353.60).

Tu baru kat US, belum masuk Malaysia lagi, jadi harap lah korang dapat jaga diri elok-elok dan patuh dengana rahan kerajaan.

 

Baca : “Saintis German America pecah kepala fikir ubat apa”- Puak-puak Produk Timbang Kilo CLAIM Produk Mereka Penawar Covid-19

Puak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.