in

Risau Bateri Telefon Habis Atas Bot, Abang Viva Rayu Agar Warganet Tak ‘Spam’ Mesej

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak beberapa hari lalu, media sosial dipenuhi dengan nama Abang Viva yang diangkat sebagai hero kerana membantu mangsa banjir dengan membawa bot persendirian menggunakan kereta Perodua Viva dari Melaka.


Abang Viva atau nama sebenar beliau, Azwan Omar hanya mempunyai wang RM50 ketika dia membuat keputusan spontan memohon cuti kecemasan untuk menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam.

Fhuabknuyayruut

Semenjak beliau tular, boleh dikatakan hampir semua pengguna media sosial sudah mengenali sosok Azwan Omar ini. Malah, ada beberapa pihak yang mahu menghulurkan bantuan dan memberi penghargaan kepada beliau sebagai tanda terima kasih.

“Jangan spam chat dekat saya…”

Menerusi satu hantaran di Facebook Azwan Omar, lelaki yang digelar sebagai Abang Viva ini meminta orang ramai agar tidak menghantar mesej yang banyak kepada dirinya.

Jelas beliau, dia masih lagi sibuk di atas bot menyelamatkan mangsa mangsa banjir dan dikhuatiri, bateri telefon bimbitnya akan habis. Dengan keadaan banjir yang menyukarkan pergerakan, telefon bimbit amat penting untuk berhubung dengan pihak lain.

Dalam hantaran yang sama juga, Azwan Omar turut sertakan dua nombor akaun bank miliknya buat orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan.

https://www.facebook.com/azwan1992/posts/5237261449636251

Bagaimanapun menurut orang ramai, bantuan yang diterima oleh Azwan Omar melalui akaun bank miliknya akan digunakan semula untuk kepentingan mangsa banjir.

Salute buat Azwan Omar a.k.a Abang Viva!

BACA: Kisah ‘Abang Viva Viral’, Hanya Bawa Bot & RM50 Untuk Selamatkan Mangsa Banjir

Capture 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.