in

Kisah ‘Abang Viva Viral’, Hanya Bawa Bot & RM50 Untuk Selamatkan Mangsa Banjir

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti ada ternampak posting tentang ‘Abang Viva Viral’ yang tular di media sosial baru-baru ni kan?

Mana tidaknya, lelaki ini datang dari Melaka dengan hanya menaiki Viva sambil bawa bot kepunyaannya.


Bercakap dengan FMT, Azwan Omar mengatakan dia hanya mempunyai wang RM50 namun membuat keputusan spontan memohon cuti kecemasan bagi menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam.

Ini jujur saya cakap, saya daripada Melaka hanya berbekalkan RM50, dengan RM50 itu saya beli minyak untuk bot RM20, dan RM30 saya guna untuk beli makanan seperti roti dan air untuk alas perut.”

Walaupun hanya mengalas perut dengan roti dan air serta tidur di dalam bot sejak lima hari yang lalu, Azwan mengatakan kesusahannya ini tak boleh nak dibandingkan dengan penderitaan mangsa banjir.

Ahad lalu saya ada selamatkan pasangan warga emas, suaminya lumpuh bersama dua ekor anjing. Mereka kata memang tiada bot atau bantuan yang melalui kawasan perumahan mereka.

“Bantuan tak sampai pada mereka, mereka mungkin tidak tahu nak gunakan telefon pintar dan (mereka) tiada media sosial. Mungkin juga suara mereka tak cukup kuat untuk panggil pasukan menyelamat. Jadi sebelum bantuan tiba, mereka hanya minum air paip sahaja.”

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi banjir Sabtu lalu, dia sedih melihat mangsa duduk dalam kesejukan di bumbung rumah sambil menunggu bantuan. Paling menyedihkan bila melihat ibu yang baru bersalin meredah banjir bersama bayinya.

Itu yang paling saya tak boleh lupa. Masa saya selamatkan ibu itu, tak silap saya dia baharu lepas bersalin dan dua hari keluar hospital dengan bayinya.”

Azwan Omar Banjir Viva Emel Pic 231221 2

Tak cukup dengan itu, keadaan lain yang menyedihkan apabila dia melihat reaksi ahli keluarga bila terpaksa berpisah sementara kerana tak dapat menyelamatkan semua orang sekali gus.

Boleh bayang perasaan mereka yang terpaksa berpisah dengan keluarga, sebab kami kena selamatkan wanita, warga emas dan kanak-kanak dulu. Jadi bayangkan isteri risaukan suami yang masih berada di lokasi banjir. Sampai ada yang dah siap-siap salam minta maaf,” ujarnya.

Azwan yang bekerja sebagai operator mesin ini turut menerima banyak bantuan berbentuk wang namun keberatan untuk menerima sumbangan tersebut.

Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun, saya pun tak minta untuk jadi ‘viral’ sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir.”

Allahu, susah nak jumpa orang macam Azwan ni. Moga dia dilimpahi rezeki sebanyak-banyaknya…

 

Baca: [VIDEO] Netizen Sebak Dengar Mangsa Banjir Jerit Minta Tolong Dalam Gelap Di Sri Muda

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.