Apa perangai paling nakal korang masa zaman sekolah? Kalau korang budak nakal, tipulah kalau tak pernah ponteng kelas. Betul tak? Macam dua pelajar sekolah yang viral dekat Facebook selepas dimuat naik oleh page We are Malaysians.
Video itu dirakam oleh seorang lelaki menunjukkan dua pelajar itu cuba ponteng kelas sampai sanggup kotorkan baju merangkak dekat koridor menuju ke kantin.
Korang ponteng kan? Haa aku tahu ni korang ponteng nak pergi kantin. Ni ni ni geng korang ramai dekat sini.”
Dua pelajar terbabit terpaksa merangkak untuk mengelakkan diri daripada kantoi dilihat oleh cikgu. Sebab mereka perlu lalu koridor yang ada cermin kelas!
Lepas tu, salah seorang pelajar dah sampai dulu dan terus berdiri tapi kawan dia masih lagi perlahan-lahan merangkak. Tapi dia tak tunggu pun kawan dia, terus je pergi kantin sorang-sorang haha!
Yang belakang tu cepatlah sikit. Ya Allah terhegeh-hegehnya lah dia ni.”
Dah sampai. Berkicap ketiak, sakit lutut! Cepatlah dik membe tunggu belakang tu. Cepat dik. Membe dah nak lepak dah yang belakang terhegeh-hegeh.”
Tonton video di bawah:
https://www.facebook.com/357582290930791/videos/439986046947573/?v=439986046947573
Apa pengalaman paling best dan lucu korang waktu zaman sekolah dulu? Ce kongsi sikit!