Ribuan ikan bilis dan sardin mati telah terdampar di kawasan pantai Amerika Selatan, puncanya masih kekal misteri.
Dalam laporan oleh Metro UK, ribuan ekor ikan mati secara tiba-tiba ‘menutupi’ pantai Coliumo yang terletak di Concepcion, di daerah Biobio, Chile.
Difahamkan, pegawai alam sekitar kawasan tersebut kini sedang menyiasat apa yang menyebabkan fenomena aneh itu berlaku dan mereka kini sedang meneliti kualiti air di bahagian pantai tersebut.
Air seakan berwarna perak
Oleh kerana ribuan ikan yang terdampar, kelihatan air di kawasan pantai tersebut bertukar menjadi seakan warna perak.
Selain itu, operasi pembersihan untuk mengalihkan ikan-ikan tersebut dan pantai kini sedang giat dijalankan.
Menurut laporan yang sama, ini bukanlah pertama kali fenomena ini terjadi di pantai Chile itu, malah insiden serupa pernah dilaporkan terjadi pada tahun lalu.
Fenomena itu dikatakan berpunca daripada jumlah oksigen yang rendah di dalam akhir sehingga menyebabkan spesies berkenaan ke arah pantai.
Sebagai info, pada bulan April tahun lalu, terdapat beberapa berita di Ghana melaporkan insiden yang hampir serupa, di mana ratusan ikan lumba-lumba dan ikan beberapa jenis ikan lain terdampar di pantai di Accra.
Sampel makmal telah diambil daripada hidupan laut tersebut dan penemuan awal menunjukkan ia berpunca daripada ‘persekitaran’ dan ‘faktor tekanan’.
Apa yang membuatkan jumlah oksigen rendah ya? Hm.