Benarlah kata orang, rezeki itu tidak akan salah alamat.
Seorang wanita di Amerika Syarikat dilaporkan pernah mengalami keguguran sebanyak 19 kali. Pun begitu, episod duka wanita itu dan keluarganya tidak berlarutan lama selepas dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 6.4 kilogram melalui pembedahan caesarean (C-section).
Memetik laporan RepublicWorld.com, Cary Patonai yang tinggal di Arizona, Amerika Syarikat, selamat melahirkan bayinya yang dinamakan Finnley pada Isnin, awal Oktober lalu. Jelas Patonai, semua yang berada di dalam wad dimana dia bersalin terkejut melihat saiz bayinya.
Patonai melahirkan Finnley di Banner Thunderbird Medical Center, Glendale, Arizona selepas 38 minggu hamil. Jelas ibu itu, dia sedar perutnya memang sangat besar dan membuatkan dirinya berasa tak selesa. Dia sendiri tak menyangka dia sudah melahirkan bayi yang dianggap paling besar pernah dilihatnya.
Difahamkan, Patonai mempunyai dua lagi anak lelaki, Devlen, 10, dan Everett, 2. Kedua-dua anaknya itu lahir dengan berat 3.7 kilogram dan 5 kilogram. Namun, berat Finnley berjaya mengalahkan berat anak-anaknya yang lain. Sampai doktor yang sambut kelahiran Finnley ni pun terkejut dan beliau jugalah doktor sama yang menyambut kelahiran dua anak Patonai sebelum ini.
Jelas Patonai dalam satu temu buat bersama Fox News, anaknya, Finnley menjadi seolah-olah seorang selebriti di hospital terbabit kerana berjaya memecahkan rekod sebagai bayi paling berat pernah dilahirkan. Patonai juga mendedahkan, disebabkan Finnley mempunyai ketinggian 23.75 inci, keluarganya harus keluar untuk membeli baju baru dan lampin saiz besar buatnya.
Bayi Finnley difahamkan ditahan di wad NICU selama lapan hari sebelum dibenarkan pulang bersama keluarganya. Jelas Patonai, kelahiran anaknya itu menyebabkan dirinya terimbau semula memori dimana dia pernah keguguran 19 kali sebelum ini.
“Saya teringat saya pernah gugur banyak kali. Saya masuk ke hospital tapi pulang tanpa bayi saya,” katanya.
Dedah Patonai, masalah darah beku dan fibroid yang dialaminya menjadi punca dia keguguran sebanyak 19 kali.
Dengan kelahiran anaknya itu, Patonai berharap ia mampu memberikan harapan kepada bakal ibu diluar sana yang sedang berdepan cabaran seperti dirinya.
Sumber: Republicworld.com, Kosmo
Baca: Wanita Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Di Sekatan Jalan Raya Dengan Bantuan 2 Anggota Polis