in

Kisah Tragis Keluarga Anderson, 3 Generasi Dari Atuk Ke Cucu ‘Dilenyapkan’ Anak Sendiri

Anderson0 E1606025674329

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perayaan Krismas pada tahun 2007 di sebuah bandar kecil, Carnation, Washington, yang disangkakan gembira seperti tahun-tahun lalu rupanya Krismas paling tragis buat keluarga Anderson.


Ketika itu, bandar Carnation telah digemparkan mengenai satu pembunuhan besar-besaran yang menurut mereka yang terburuk dalam sejarah negeri.

Sebanyak tiga generasi bermula dari atuk hingga ke cucu dibunuh tanpa rasa simpati sedikit pun. Yang lebih menyedihkan ialah, dalangnya merupakan ahli keluarga sendiri!

Kini, penduduknya tak lagi boleh menyambut perayaan Krismas seperti biasa, tiap tahun mereka akan mengingati peristiwa menyedihkan ini.

 

Tragedi keluarga Anderson

Anderson1

Judy dan Wayne telah berkahwin selama 31 tahun dan mereka merupakan pasangan yang bahagia. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Mary, Scott dan Michele (29).

Scott berkahwin dengan Erica (Erika Mantle Anderson) yang sebaya usianya dan bersama mereka mempunyai sepasang anak, lelaki dan perempuan iaitu Olivia dan Nathan.

Michele pula tinggal bersama dengan teman lelakinya, Joseph McEnroe, juga pasangan sebaya, dalam sebuah treler di atas tanah kepunyaan ibu bapanya yang seluas 10 hektar.

Anderson5

 

Kejadian malam Krismas

Difahamkan, sewaktu kejadian Judy sedang membalut hadiah Krismas untuk cucu-cucu mereka sambil menunggu hidangan masak, Wayne pula duduk di sofa menonton TV di ruang tamu.

Suasana santai tersebut bertukar ngeri apabila Michele dan Joseph masuk ke rumah. Plan mereka ketika itu, Joseph alihkan perhatian Judy manakala Michele tembak Wayne tapi pemicunya ‘stuck’, akhirnya Joseph yang tembak Wayne kemudian Judy.

Tanpa melengahkan masa, mereka membersihkan kawasan tersebut dan menyembunyikan mayat-mayat mereka di semak belakang rumah. Setelah selesai mereka tunggu yang lain pula sampai. Untuk apa? Untuk mereka bunuh!

Sejam kemudian keluarga Scott pula sampai. Bila semua dah selesa, pasangan kejam tersebut muncul dan kali ini Michele sendiri menembak abangnya sebanyak 4 das tembakan sekali gus menamatkan riwayatnya.

Erica ketika itu sempat menghubungi pihak polis dan kendengaran dia menjerit “Tolong, jangan apa-apa kan anak-anak ini!” sebelum talian putus.

Tak cukup kejam? Anak-anak kecil mereka juga turut dibunuh dengan ditembak di kepala. Menceritakan semula, pembunuh tersebut beritahu mereka menangis-nangis berpaut kepada ibu mereka.

Sikit pun tiada rasa simpati terhadap anak buahnya itu, Michele menyuruh Joseph tembak kedua-duanya.

Anderson6

Susulan panggilan yang dibuat oleh Erica, pasukan polis telah dihantar ke lokasi kejadian bagaimanapun Michele lebih pantas. Dia tahu polis akan datang jadi dia mengunci pagar rumah mereka. Polis tak boleh berbuat apa-apa kerana tiada laporan dibuat jadi mereka tak boleh ceroboh kawasan, mereka pun pulang tanpa mengetahui pembunuhan yang berlaku.

 

Sahabat Judy tak sedap hati, niat datang menjenguk sekali…

Pada 26 Disember, Judy yang bekerja di US Portal Service tidak hadir kerja membuatkan sahabatnya, Linda Thiele tak sedap hati. Pagi itu juga dia bergegas ke rumahnya dan sampai kira-kira pukul 8 pagi.

Pagar rumah Judy yang masih berkunci membuatkan Linda terpaksa jalan kaki memasuki rumah mereka. Kata Linda, dia mengetuk pintu tapi tiada yang sahut jadi dia cuba membuka tombol dan mengejutkan tombolnya tak berkunci.

Ini rumah mereka, besarkan halaman? Sebab rumah kat sana memang jauh-jauh dengan jiran lain.

Anderson7

Alangkah terkejutnya dia melihat menantu serta cucu sahabat baiknya itu kesemuanya mati dengan kesan tembakan di kepala! Dalam ketakutan Linda terus telefon pihak polis melaporkan pembunuhan tersebut.

 

Balik rumah penuh polis, tapi muka rilek je

Hasil siasatan polis, dorang pada awalnya nak lari luar negara tapi pulang semula kemungkinan tak tau pembunuhan dah kantoi dan rancang untuk tinggal di situ buat beberapa ketika lagi.

Balik-balik rumah penuh dengan kenderaan polis tapi dorang tak terkejut pun. Lepastu tak tanya pun apa yang terjadi kat mak ayah dia.

Hal ini menimbulkan syak polis dan selepas soal siasat akhirnya Michele mengaku jadi dalang pembunuhan. Difahamkan puncanya adalah wang.

Saya bosan asyik ditindas dengan semua orang. Scott hutang saya RM163,720 tapi tak bayar-bayar. Ibu bapa saya pula asyik tagih duit sewa sebab saya duduk atas tanah dorang. Dah setahun saya tak pernah bayar!”

Pembunuhan ini dirancang baru 2 minggu tapi mereka betul-betul nekad hingga sanggup jadi pembunuh.

Wayne dibunuh di sini.

Anderson8

Bila ditanya kepada Joseph pula kenapa dia menembak kanak-kanak tersebut, selamba aja dia katakan tak mahu mereka ketakutan seumur hidup.

 

Dalam satu perbicaraan, Joseph boleh gelak lagi ye! Psycho!

 

 

Mary Anderson

Mary bagaimanapun selamat kerana dia tak dapat hadir disebabkan masalah kesihatan. Katanya  dalam perbicaraan dia sangat sedih kerana mereka sekeluarga menyayangi Joseph seperti keluarga sendiri.

Ander1

Sebelum malam Krismas, Michele ada menyuruh ibu untuk pastikan saya hadir hari itu. Kalau saya hadir, saya yakin kami juga akan dibunuh olehnya.”

Kedua-duanya didapati bersalah atas enam pertuduhan membunuh dan dijatuhkan hukuman 6 kali penjara seumur hidup tanpa kemungkinan dibebaskan.

 

 

Sumber : Kiro7 , talkmurderwithme , truecrimedaily  , seattletimes

 

Baca : Terpengaruh Dengan Kisah Pembunuhan Bersiri, Dua Beradik Nekad Bunuh Keluarga Sendiri

Ander

Sumber: blog
Sumber: blog
Sumber: twitter
Sumber: blog
Sumber: Komonews
Sumber: twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.