Remaja Kini Jalin Hubungan Intim Seawal Usia 11 Tahun dan Mudah Mencari Bahan Lucah di Google

Remaja sekarang makin berani melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan. Baru meniti zaman persekolahan, sudah bijak menjalinkan hubungan intim hingga memudaratkan diri sendiri. Apa punca semua ini berlaku?

Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Nimelesh telah berkongsi kisahnya pada 2 Ogos lalu tentang seorang remaja yang bergelumang dengan masalah hubungan intim. Berikut apa yang diceritakannya:

Sumber: Facebook

“Beberapa bulan lepas, saya dapat seorang pesakit kes HIV baru. Budak lelaki berumur 15 tahun. Pasangannya banyak (multiple sexual partner).” 

Namun apabila disoal dari mana dia mempelajari tentang hubungan intim yang pelbagai ini, jawapan remaja tersebut amat mengejutkan.

“Adik, umur berapa you start menjalinkan hubungan intim?”

“Umur 11, doktor.”

“Macam mana you belajar nak buat benda macam ini?”

“Senang je doktor. Senang nak cari bahan-bahan kat Internet terutamanya Tumblr.”

Terkedu kejap dengar! 

Dr Nimelesh mengakui kata-kata remaja tersebut. Katanya, orang zaman sekarang tak perlu susah-susah. Taip saja keywords di Google, keputusan yang keluar seperti gambar di bawah ini.

Sumber: Facebook

“Betapa senangnya budak zaman sekarang mencari bahan lucah!” 

Menurutnya, lelaki zaman sekarang banyak yang tidak boleh dipercayai. Terlalu banyak kes yang dia temui, yang mana budak perempuan menghantar gambar-gambar intim kepada pasangan mereka dan kononnya menjalinkan hubungan atas alasan ‘cinta’. Cintalah sangat kan? Ataupun cinta nafsu? 

Gambar hiasan

“Percayalah, lelaki memang suka awek seksi tetapi hanya untuk bercouple dan dibawa rempit. Kalau betul dia nak cari seseorang untuk dijadikan calon isteri, dia akan pilih yang menutup aurat.” 

Betul juga kata doktor tu! 

Dr Nimelesh juga sempat menasihati remaja lelaki untuk berhenti melayan perkara lucah seperti ini yang membuang masa. Masa depan remaja akan hancur sekiranya mereka terlanjur. Masa senggang sepatutnya digunakan untuk belajar dan beribadah.

Gambar hiasan

Dia juga sempat berkongsi sepotong ayat dari Surah An-Nur bermaksud:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; …Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. …” (TQS. Al-Nur [24]: 30-31)

“Ibu bapa, seperti yang saya beritahu – tolong aktifkan tapisan Internet untuk anak-anak kecil anda kerana mereka masih tidak faham apa yang mereka lihat atau tonton. Tolong lapor laman web sebegini kepada MCMC supaya tindakan diambil,” tegur Dr Nimelesh.

Malah pesanan ringkas dihujung perkongsian itu juga amat menyentap hati bagi mereka yang makan cili dan terasa pedasnya.

Untuk yang dah tua dan ‘matang’ tapi masih melayan benda-benda macam ini – kalau nak sangat tengok perempuan seksi, belilah pakaian seksi, suruh isteri awak pakai di rumah! Ini isteri di rumah pakai kain pelikat!” 

Fuhhh sentap habis! 

Pantaulah anak-anak anda dan jadilah contoh yang baik buat mereka. Kalau bapa pun tengok benda tidak senonoh, tak mungkinlah anak bakal mengikut! 

Baca: Lelaki Dapat Tahu Anak Perempuan Tonton Cerita Upin Ipin Versi Tidak Senonoh di Youtube

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!