in

“Rasa miskin betul tengok” – Kena Ejek Tekanan Air ‘Slow’, Kylie Jenner Tunjuk Shower Canggih Dia Guna Untuk Mandi Hari-hari

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal minggu ini, jutawan dan juga adik kepada Kim Kardashian, Kylie Jenner telah menunjukkan rupa bilik mandi di pejabatnya melalui Instagram peribadi.


Namun video itu telah mendapat kecaman hebat dari netizen yang rata-ratanya memperlekehkan bintang realiti TV ini kerana dengan kekayaan yang dia miliki, tekanan air yang dia tunjuk itu sangat perlahan serta kepala shower pun kecik.

Tak ada orang ke nak cakap betapa teruknya shower Kylie Jenner? Tekanan air dia dengan size kepala shower dia. Tolong panggil plumber sekarang untuk dia.”

Ramai yang mengambil peluang ini untuk mengejek jutawan kosmetik itu kerana menyangka bilik mandi itu terletak di rumahnya.

38139590 9158759 Image M 65 1610954591318 1

Kylie tunjuk shower sebenar dia guna untuk mandi hari-hari

Menyampah dengan kritikan yang diterima, semalam Kylie Jenner telah mengambil peluang untuk show off bilik mandi dia yang sebenar dan ternyata memang nampak canggih. Lagi-lagi dia boleh ubah suhu air mengikut kesukaannya.

38284166 9170125 Image A 21 1611190113609

Dalam video tersebut, Kylie tunjukkan bilik mandinya yang dilengkapi dua kepala shower bersaiz besar beserta sebuah bangku untuk duduk.

Kylie kemudiannya buka shower dan pilih suhu kesukaannya sambil letakkan tangannya di bawah air untuk tunjuk kekuatan tekanan airnya.

38283036 9170125 Image A 27 1611190785469

Ianya sangat hebat. Terima kasih semua atas keprihatinan anda.”

Rasa miskin tengok bilik mandi dia

Selepas Kylie muat naik video bilik mandinya, ramai netizen gigit jari tengok shower bintang realiti TV ini dan betul-betul rasa miskin lepas tengok video tersebut.

Screenshot 2021 01 22 At 12.50.07 Pm Down

Haih, tu baru tempat mandi dia belum seluruh bilik air dia lagi. Menangissssss

 

Baca: “Mini market dalam rumah!” – Kena Ejek Peti Ais Kosong, Kim Kardashian “Balas Dendam” Tunjuk Isi Pantri Penuh Dengan Macam-macam Makanan!

Screenshot 2021 01 22 At 12.57.01 Pm

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.