in

“Mini market dalam rumah!” – Kena Ejek Peti Ais Kosong, Kim Kardashian ‘Balas Dendam’ Tunjuk Isi Pantri Penuh Dengan Macam-macam Makanan!

Kim K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah bayangkan tak peti ais orang-orang kaya macam artis atau kat rumah datuk-datuk tu macam mana? Mesti peti ais dorang besar dan ada macam-macam jenis makanan kan?


Tapi admin rasa korang takkan terbayang lah peti artis Hollywood ni besar macam mana. Terkejut beruk korang nanti kang! 

 

Kena ejek peti ais ada air kosong dengan susu je!

Baru-baru ni, selebriti Hollywood terkenal, Kim Kardashian ada memuat naik gambarnya di dapur rumah. Pada ketika tu, Kim hanya membuka peti ais yang hanya memaparkan beberapa botol air dan susu. 

Ramai di kalangan netizen kutuk Kim cakap peti ais ‘orang kaya’ macam dia ni nampak kosong dan tak menarik langsung.

Fridge
sumber: twitter

 

Kim Kardashian buat tour dapur dan pantri! Wow!

Tapi korang sabarrr jap ye! Kim Kardashian yang membaca komen-komen ejekan netizen ni akhirnya buat keputusan untuk bagi tour kat dapur dan pantri rumahnya. Haa jangan terkejut!

Menerusi instastory Kim yang dikongsikan semula di Twitter, ramai netizen hampir dapat heart attack bila selebriti ini menunjukkan keadaan bahagian pantri dan peti ais rumahnya. 

Apa yang admin boleh summarize kan kat sini, rumah Kim bukan ada satu peti ais je. Ada berbelas lagi peti ais lain yang khusus untuk letak air mineral, susu, jus, makanan macam sayuran, buah-buahan, roti dan macam-macam lah! Allahu terkejut min tengok satu-satu! 

Image 1 1

Image 3
sumber: people

 

“Ini dah macam mini market dalam rumah ya Allah!” 

Rata-rata netizen yang tengok instastory tu memang tercengang habislah. Siap ada yang cakap dapur rumah Kim ni dah macam mini market dah.

Mini Market
sumber: twitter

Fuh min kalau dapat peti ais besar ni… haih seronoknyalahhh!

Baca: “Dorang nk hidup normal macam orang lain” – Putera Harry, Meghan Buang ‘Title’ Tinggalkan Keluarga Diraja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.