in

Ramai Tanya Apa ‘Rahsia’ Ada Orang Belum Dijangkiti Covid-19, Lelaki Ini Kongsi Cara Terbaik Untuk Jaga Diri

Page Sop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan kebelakangan ini kes harian Covid-19 semakin meningkat dan semakin ramai yang disahkan positif sejak negara kita telah berada sepenuhnya dalam varian Omicron.

Malah sehingga ke hari ini, sekiranya seseorang itu belum dijangkiti virus tersebut dianggap sebagai ‘bertuah’ dan juga ‘kebal’ kerana dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi memudahkan lagi penularan wabak tersebut dalam kalangan manusia.


Disebabkan situasi ini menjadi perhatian orang ramai, satu perkongsian melalui tweet milik akaun @azmanrocks, telah mendedahkan beberapa ‘rahsia’ yang menjadi asbab kepada persoalan tersebut.

https://twitter.com/azmanrocks/status/1504717354756096002?t=7Q05CtHj-2xeyG6VRMd95g&s=19

Menurut penulisan lelaki ini di Twitternya, dia memaklumkan bahawa sebenarnya tiada rahsia yang diamalkan oleh dirinya tetapi dia hanya menjaga prosedur operasi standard (SOP) selain dari menjaga dirinya sebaik mungkin.

Antara tips yang dikongsikan oleh lelaki tersebut adalah:

1. Mask N95 masa kerja, pergi tempat sesak. Mask KF94 untuk keperluan biasa.

2. Disiplin pakai mask. Ada meeting? Keep mask on. Nak minum, lepas meeting.

3. Elak tempat sesak. Kedai ramai orang? Pergi kedai lain.

4. Utamakan kedai makan outdoor. Pengudaraan bagus.

“Apa-apa kena tebalkan hati”

Dia turut buat sambungan di bahagian thread tentang cara lain yang turut menjadi keutamaan dirinya dalam mengelakkan diri dari dijangkiti Covid-19. Malah, ujian kendiri dan juga sifat jujur dalam diri seseorang itu amat penting walaupun penjagaan yang dibuat menelan kos yang tinggi.

Tweet 1 1

Tweet 2

Ujarnya lagi, memandangkan Malaysia akan mula ke fasa peralihan endemik, orang ramai harus biasakan diri dengan norma baharu kerana ketika ini segalanya bergantung kepada diri sendiri selepas populasi dewasa yang menerima vaksinasi juga telah melebihi 98%.

Maybe korang semua boleh cuba juga cara macam abang ni… Min harap semua still jaga SOP walau kat mana pun korang pergi okay?

Baca: [VIDEO] Ibu Reda Bayi Kecut & Meninggal Dalam Kandungan Lepas Positif Covid-19

Untitled 2 13

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.