in

Ramai Puji Nenek Ini Jual Nasi Lemak Terlajak Murah dan Sedap, Hanya 50sen Sebungkus!

Nenek Nasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keadaan ekonomi negara yang tidak stabil menyebabkan harga barangan dan makanan semakin hari semakin mahal. Zaman sekarang ni, nak jumpa makanan yang berharga seringgit pun susah, apatah lagi yang dijual dengan harga 50 sen. Pun begitu, terdapat seorang warga emas yang masih menjual juadah dengan harga terlajak murah.

Menurut Harian Metro, seorang wanita warga emas yang dikenali sebagai Halimah Hassan di Kampung Pegoh Dalam tular di media sosial kerana menjual nasi lemak daun pisang dengan harga 50 sen sahaja sebungkus. Murahnya! Nenek berusia 76 tahun ini dikatakan mula meniaga nasi lemak tersebut sejak tahun 1997 lagi.


N3
sumber: harian metro

Memulakan perniagaan nasi lemak untuk mengisi masa terluang sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, nenek ini juga berniat untuk membantu arwah suaminya pada ketika itu.

“Kalau tak jual nasi lemak, apa lagi nak dibuat, nenek orang kampung, duduk saja di rumah pun tak senang,” kata Halimah.

Halimah memaklumkan bahawa sebelum ini dia ada menjual kuih tradisional, namun kurang mendapat sambutan. Oleh sebab itu, Halimah hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada penjualan nasi lemak bungkus yang dialas menggunakan daun pisang.

N4
sumber: harian metro

Halimah yang kini tinggal dengan anak lelakinya sering kali disuruh berhenti berniaga dan berehat di rumah. Namun, nenek ini mengatakan bahawa dia bosan jika hanya duduk sahaja di rumah.

“Meskipun usia sudah lanjut nenek tak boleh duduk diam di rumah, jadi nenek buat macam-macam aktiviti termasuk memotong rumput.”

Menurut Halimah, sebahagian besar pelanggannya adalah orang luar dan pelancong yang sentiasa tertarik untuk menikmati makanan kampung hasil air tangannya. Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Alie Asyraff juga turut berkongsi kisah membeli nasi lemak bungkus nenek ini di laman sosial.

N2
sumber: facebook

“Balik kerja teringat nasi lemak nenek ni, terus pergi borong semua 18 bungkus,” kata Alie.

“Sebungkus 50 sen, nasi lemak alas daun pisang. Sedap tak tipu,” tambah Alie lagi.

Rata-rata yang meninggalkan komen turut memuji nasi lemak yang dijual oleh nenek ini kerana rasanya yang sedap walaupun harga yang dijual tersangat murah. Mereka juga mendoakan semoga perniagaan nasi lemak yang diusahakan oleh Halimah bertambah maju di masa akan datang.

N1
sumber: facebook

“Sedap ni nasi lemak makcik ni jual.”

“Jumpa yang jual RM1 pun aku bersyukur, inikan pula 50 sen.”

“Punyalah banyak nasi, sedap pulak lauknya.” 

Waaah, sudahlah murah, sedap pulak tu! Semoga perniagaan nenek bertambah maju!

Baca: Peniaga Nasi Campur Jual Lauk Harga RM1 Kerana Kasihan Dengan Pekerja Bergaji Rendah

Jj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.