Walaupun tak ramai wanita dalam dunia ni mata duitan, tapi ada jugak yang jeles bila dapat tahu wanita lain peroleh hantaran mewah. Menurut mStar, Andi Sulfaidah dari Indonesia telah mendapat hantaran sebuah kereta Honda daripada suaminya yang berusia 70 tahun! Wow untunglaaa.
Suami Andi, Daeng Makkelo bukan saja beri kereta Honda buat isterinya ini, dia jugak menghadiahkan sebuah rumah atas nama Andi, barang kemas dan wang tunai bernilai Rp200 juta (RM56,525).
Perkahwinan pasangan berusia 30 tahun dan 70 tahun ni telah disahkan oleh pendaftar perkahwinan di Kecamatan Cina, Bone, Indonesia.
“Ya betul ada warga di Kecamatan Cina yang mengesahkan maharnya kelmarin. Akad nikah bakal diadakan pada 19 Ogos ini,” kata pendaftar tersebut.
Menurut Detik, lamaran telah dibuat pada Rabu dekat Dusun Bulu Dua, Desa Tanete Harapan, Kecamatan Cina, Bone. Di sana pihak lelaki telah dapat kata sepakat dengan pihak pengantin perempuan untuk bernikah.
Kesemua mahar dan hantaran lain dengarnya sudahpun diserah dan menjadi milik gadis berkenaan.
Tahniah! Bertuah badan dapat hantaran mewah.
Baca: Remaja 14 dan 15 Tahun Nak Kahwin Cepat, Bagi Alasan Takut Tidur Sorang