in

Remaja 14 dan 15 Tahun Nak Kahwin Cepat, Bagi Alasan Takut Tidur Sorang

S

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trend kahwin awal dalam kalangan remaja sekarang memang menjadi-jadi kan? Walaupun kahwin awal tu digalakkan sebab nak elak maksiat, tapi tak semua kahwin muda ni orang tua akan setuju, tambah-tambah pulak kalau korang baru je berumur belasan tahun.


Tapi lain pulak dengan situasi budak-budak sekolah ni apabila dorang insist jugak nak kahwin dan beri alasan yang buat korang geleng kepala bila mendengarnya. Menurut 60DetikNews, pasangan yang berusia 15 dan 14 tahun yang berasal dari Sulawesi Selatan ni decided nak kahwin pada usia muda sebab takut tidur sorang-sorang. Aikk macam ni punya alasan pun ada ke? Ish, ish, ish! 

Sepasang Kekasih Berusia Muda Di Bantaeng Memilih Untuk Menikah 20180415 163541
sumber: 60detiknews

Mula-mula permohonan kahwin ditolak

Dorang pada asalnya dah pergi ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng untuk buat permohonan kahwin dan permohonan tu pun memang dah ditolak sebab umur dorang terlalu muda. Menurut undang-undang kat Indonesia, umur minimum untuk berkahwin ialah 16 tahun bagi perempuan dan 19 tahun bagi lelaki.

Permohonan kahwin diluluskan selepas rayuan

Tapi lepas budak-budak ni buat rayuan kat Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan nak kahwin tu terus diluluskan. Fuh senangnya! Lalu dorang pun proceed untuk daftar perkahwinan dan ikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan pada Khamis lepas kat pejabat agama.

1.Kantordepan
sumber: pa bantaeng

Bukan pregnant tapi takut tidur sorang-sorang

Bila pejabat agama tanya, apa sebab pasangan ni kahwin. Si perempuan menjawab, bukan sebab dia pregnant sampai tergesa-gesa nak kahwin macam ni. Tapi dia memang nak kahwin sebab takut tidur sorang-sorang kat rumah sejak ibunya meninggal dunia dan bapa dia pulak asyik kerja outstation. Oh macam tu… kesian pulak. 

Malah makcik kepada budak perempuan ni pun akui, anak saudaranya memang sorang yang bijak dan pelajar cemerlang kat sekolah. Emm tapi sayang pulak nak kahwin awal ye! 

Giphy 16

Netizen di Indonesia yang membaca kisah viral ni rata-rata tak setuju dengan tindakan pasangan muda tu untuk berkahwin. Antara komen dorang,

“Belajarlah dulu dik…” 

“Astaga, usiamu masih muda. Isilah dengan ilmu. Yang tua saja banyak bubar (cerai). Kahwin itu bukan sinetron. Di situ ada keikhlasan, jujur, setia, sabar dan kepercayaan,” kata seorang netizen.

Kahwin tu bukan benda main-main dik. Kena ada rasa tanggungjawab dan saling bertolak ansur. Kalau kahwin setakat nak jadi teman tidur, baik simpan dulu niat tu. 

Baca: Remaja 17 Tahun Kurung Isteri Berusia 71 Tahun Dalam Rumah Kerana Takut Dirampas Orang 

Budak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.