in

“Rakyat pertikai hargo tu dato” – MB Kelantan Beli Kenderaan Rasmi Lebih RM600K Jadi Pertikaian, Tapi Ini Jawapannya

Featured Image Mb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada sebelum ini, tular di laman media sosial mengenai tindakan Menteri Besar Kelantan yang dikatakan membeli kenderaan rasmi dengan menggunakan Peruntukan Khas daripada kerajaan Negeri.


Menurut portal Malaysia Kini, Dato Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan telah membeli sebuah kereta Mercedes jenis S 450 L AMG Line berwarna hitam pada harga lebih RM600,000.

Namun, ada juga pihak yang mempertikan tindakan menteri itu membeli kereta yang boleh dikatakan agak mahal.

Ada juga netizen yang mempersoalkan mengenai sumber asal duit yang diperoleh bagi membayar kenderaan rasmi tersebut.

Tapi, tidak cepat melatah, MB Kelantan telah mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Facebook miliknya bagi mengelakkan daripada fitnah terus berleluasa.

Penularan Isu Kenderaan Rasmi Menteri Besar Kelantan1. Berikutan penularan tuduhan yang mengaitkan Kerajaan Negeri…

Posted by Dato' Ahmad Yakob on Wednesday, January 15, 2020

Ini antara respon beliau.

1. Berikutan penularan tuduhan yang mengaitkan Kerajaan Negeri menggunakan Peruntukan Khas kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM 400 Juta untuk pembelian Kenderaan Rasmi Pimpinan Kerajaan Negeri adalah suatu kenyataan fitnah dan berniat jahat.

2. Untuk rekod, mengulas mengenai keputusan Kerajaan Negeri bagi menggantikan Kenderaan Rasmi pimpinan Kerajaan Negeri telah dibuat menerusi kenyataan YB. Dato’ Timbalan Menteri Besar pada 12 September 2018 lagi.

3. Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menggantikan Kenderaan Rasmi bagi kegunaan Menteri Besar dan Exco Negeri secara berperingkat setelah membuat penelitian mengenai kenderaan lama yang telah digunakan sejak 10 hingga 12 tahun yang lalu.

4. Kenderaan Rasmi Menteri Besar dengan NO. Pendaftaran DV 1 adalah kenderaan yang digunakan sejak pentadbiran Menteri Besar Dato’ Bentara Setia Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan kurniaan KDYMM Tuanku Al Sultan Kelantan.

5. Dan Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan yang digunakan sejak lebih 10 tahun itu dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal iaitu DV 1 di Kenderaan Rasmi Baharu Menteri Besar Kelantan yang mana telah mendapat ampuni perkenan KDYMM Tuanku Al Sultan Kelantan.

Walau bagaimanapun, setelah dia membuat penjelasan mengenai perkara ini, masih ada juga netizen yang berasa kurang senang dan ada juga netizen yang boleh menerima akan penjelasan tersebut.

Lagi pun, kereta tu kan nak guna lama. Barang baik mesti lah harga pun agak mahal kan?

 

Baca: “Kami tak sokong” – Marina Mahathir Anggap Filem Biopik Tun M Memalukan Keluarganya

Mnbv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.