in

Rakyat Jangan Terburu-buru Desak Pemandu Mabuk Dikenakan Hukuman Mati – Menteri Pengangkutan

Feat 16

Isu kemalangan membabitkan pemandu mabuk sememangnya sensitif khususnya dalam kalangan rakyat di negara ini. Ramai menuntut supaya golongan tersebut dikenakan hukuman berat, malah ada yang meminta pemandu mabuk sebabkan kemalangan maut ini dikenakan hukuman mati.

Rakyat jangan terburu-buru…

Bagaimana pula reaksi kerajaan berhubung isu ini? Ini jawapan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong…

Masyarakat tidak harus terburu-buru mendesak pemandu mabuk dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.”

Wee Ka Siong Bn Mca Ayer Hitam Johor Fmt 171119 2

Beliau berkata meskipun masyarakat mendesak pemandu mabuk dikenakan hukuman mati, kementerian sebaliknya berpendapat perkara ini perlu mengikut lunas undang-undang, lapor Sinar Harian.

“Jika Seksyen 302 (Kanun Keseksaan) digunakan, ia perlu dibuktikan di mahkamah bahawa pemandu mabuk itu ada niat untuk membunuh.

“Kita tidak mahu mereka terlepas kerana niat itu tidak dapat dibuktikan. Jadi kita perlu mengikut lunas undang-undang. Betul kita geram tetapi tidak boleh ambil tindakan melulu,”

Justeru itu Kementerian Pengangkutan belum mencadangkan sebarang pindaan akta ke atas undang-undang sedia ada membabitkan pemandu mabuk, ia termasuk hukuman jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

Fb Img 1581824124721 780X470 1

Kementerian dah kemaskini semua seksyen berkaitan dan senaraikan perkara yang perlu dipinda...

Bagaimanapun Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kementeriannya telah mengemaskini semua seksyen yang berkaitan dan senaraikan apa perkara yang perlu dipinda dalam rang undang-undang Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Pindaan tersebut bagi mengenakan hukuman lebih berat ke atas mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah atau memandu melulu.

Ulasnya, draf pindaan akta tersebut juga telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dibentang dalam mesyuarat kabinet dalam tempoh masa dua minggu lagi.

 

Baca : Tunggu family dorang yang mati baru faham Rakyat Fight Nak Hukuman Berat Tapi Rupanya Ada Yang Support Pemandu Mabuk!

Baca 13

Sumber: fmt