in

Punyalah Hebat Orang Indonesia dan Malaysia Membawang, Sampaikan Neil Armstrong Pernah Terkena Gosip Kononnya Masuk Islam!

Astronaut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah kalau namanya media sosial, pasti ada perkara yang keluar darinya ada yang betul dan ada yang salah. Sebab tu kita dipesan untuk periksa betul-betul sama ada information yang kita dapat daripada Facebook atau lain-lain tu betul valid atau fake semata-mata.


Tapi tu kalau zaman sekarang, zaman dulu wujud ke berita hoax ni semua? Haa kalau korang tahu, lelaki pertama jejak kaki di bulan, Neil Armstrong pernah menjadi mangsa berita hoax dan makcik pakcik bawang di Malaysia dan Indonesia. Whaaat? 

Astronot Amerika Serikat Neil Armstrong Ia Diklaim Sebagai Orang 120828015841 390
sumber: blog

Tak percaya? Ini perkongsian Asrul Muzaffar di Twitter

 

Propagandis Islam spin kenyataan Neil dan reka mitos beliau peluk Islam 

Menurut Asrul, Neil Armstrong, lelaki yang dikenali sebagai angkasawan pertama menjejakkan kaki ke bulan telah melawat ke Cairo sebaik saja dia pulang daripada misi Apollo 11.

Lebih menarik lagi, semasa lawatan itu, Neil didakwa mendengar bunyi azan dan memberi komen ‘it sounds spacey’. Daripada situ, terus wujud dakwaan yang mengatakan Neil dengar bunyi azan di angkasa lepas dan terus memeluk Islam. 

Neil 1

D0Kvotfvaaistvh
sumber: twitter

 

Rumors bermula dari Indonesia (termasuk Malaysia), kemudian merebak ke negara Islam

Entah bagaimana dan apa yang menyebabkan mereka mereka-reka kisah ini, tapi menurut Asrul dan satu kenyataan daripada Neil sendiri yang dikeluarkan kepada South East Asian countries, berita ini palsu dan Neil tidak pernah memeluk Islam. 

Malah lebih mengejutkan, berita ni muncul daripada hasil membawang rakyat Indonesia dan Malaysia sampai tersebar ke negara Islam yang lain. Opsie! 

D0K0Hovuyaa7Smo

Rumour Has It
sumber: twitter

 

Neil Armstrong bukan satu-satunya terkena hoax ini, ada ramai personaliti lain hadapi masalah sama

Selain Neil Amstrong ada beberapa lagi personaliti lain yang terkena rumours atau hoax memeluk Islam macam ni. Antaranya ialah Britney Spears, Rowan Atkinson, Madonna, Lindsay Lohan, Undertaker dan Liam Neeson.

Kesemua mereka menolak dakwaan telah memeluk Islam dan sehingga kini tidak diketahui dari mana sumber yang memulakan berita palsu tersebut.

14 1431582677 Lindsay Lohan Quran

Undertaker
sumber: blog

Apa-apapun admin berharap mereka di luar sana hentikan mereka-reka cerita yang tak benar. Kalau pun azan tidak didengar di angkasa lepas, ini tak bermakna agama Islam bukan agama yang baik. Sebelum nak share apa-apa, make sure check dulu kesahihannya. 

Baca: Ibu Sanggup Sebar Berita Palsu Anak Diculik Demi Nak Raih Perhatian Suami

Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.