in

“Pulangkan semula handset arwah” – Bintang Big Stage Sandra Dianne Meninggal Dunia, Netizen Mohon Pencuri Pulangkan Semula Barang Arwah

Sandra Dianne

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di awal pagi Jumaat ini, kita terima satu berita yang menyedihkan. Penyanyi yang juga bintang kepada program realiti Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini. 


Menurut Harian Metro, Sandra, 26, yang mengalami kemalangan pada Sabtu lepas ketika dalam perjalanan untuk menjalani latihan penuh Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dilaporkan koma dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut.

Berita permergian Sandra ini telah dikongsikan penyanyi Sufie Rashid di Instagram.

Rakan seperjuangan Sandra di Big Stage 2020, Usop juga telah berkongsi berita duka ini di Instagram.

 

“Pulangkan semula phone arwah” – Netizen 

Dalam pada itu, selain mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga arwah, rata-rata netizen di media sosial memohon supaya pencuri yang mengambil telefon pintar arwah untuk kembalikan ia semula kepada keluarganya. 

Hal ini juga pernah disuarakan oleh ibu Sandra, Nor Syakinah yang merayu kepada individu tersebut untuk memulangkan telefon anaknya semula kerana ia mengandungi maklumat peribadi berkaitan hal kerja arwah.

Menurut Nor Syakinah, arwah Sandra menggunakan telefon bimbit jenis Samsung S20 Ultra. Segala maklumat IG, Twitter dan media sosial lain tersimpan di dalamnya, lapor mStar.

Phone

Takziah admin ucapkan buat keluarga arwah. Al Fatihah…

Baca: “Saya tersalah perkataan” – Ajai Mohon Maaf Lepas Hentam Peserta Big Stage Kaw-kaw Minggu Lepas

Ajai

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.