in

“Saya tersalah perkataan” – Ajai Mohon Maaf Lepas Hentam Peserta Big Stage Kaw-kaw Minggu Lepas

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, ketika pertandingan minggu pertama Big Stage ditayangkan secara langsung, ramai peminat yang terkejut dengan ‘ketegasan’ Ajai sebagai salah seorang juri tetap.


Penggunaan bahasa yang agak kasar dan cara pemberian markah yang sangat rendah oleh komposer itu dianggap tak masuk akal oleh kebanyakan netizen hingga ada yang membuat petisyen meminta Astro menggugurkan Ajai sebagai juri.

Dalam pada itu, Ajai ada menjelaskan yang konsep ‘tough love’ ini dibuat supaya dia dapat memberikan pengajaran dan memberi semangat kepada peserta-peserta itu.

Untuk korang yang tak tahu, antara peserta yang paling teruk dikritik pada persembahan minggu lepas adalah Hafiz Zainal. Dia telah mendapat markah hanya 2% dan kritikan yang agak pedas dari juri itu.

Awak pengsan lebih bagus.”

Screenshot 2020 08 24 At 11.27.54 Am

Gara-gara kecaman yang tak berpenghujung dari netizen, malam tadi, sebelum Hafiz Zainal memulakan persembahan, Ajai telah naik ke atas pentas untuk menerangkan keadaan sebenar dan memohon maaf secara terbuka.

Saya bukan datang sini nak hentam semua orang. Saya akui saya tersalah perkataan dan mungkin itu adalah prinsip dan cara saya sebagai juri.”

Di sini, saya ingin memohon ampun dan maaf kalau saya ada terkasar bahasa. Tapi percayalah, tujuan saya adalah untuk melihat budak-budak muda seperti ini bila dia keluar mereka akan menjadi evergreen.”

Biar saya dicaci, dihina, dihentam tapi sebagai mana saya cakap, jauhari mengenal manikamnya tapi saya tetap stand pada prinsip saya.”

Korang boleh tengok video permohonan maaf Ajai yang dimuat naik oleh Awani dekat bawah ni:

"Saya akui saya salah" – Ajai mohon maaf kepada Hafiz Zainal

Ajai membuat kejutan dengan memohon maaf kepada Hafiz pada permulaan konsert secara langsung

Posted by Astro AWANI on Ahad, 23 Ogos 2020

 

Baca: “Buang Ajai sebagai juri” – Lebih 4,000 Netizen Tandatangan Petisyen Gugurkan Ajai Sebagai Juri Big Stage

Screenshot 2020 08 24 At 11.31.15 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.