in

“Pulang ke kampung ‘bahaya'” – Dr Noor Hisham Gesa Penduduk KL, Selangor & Putrajaya Duduk Di Rumah, Takut Jadi Pembawa Virus

Baliks Kampungs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehari sebelum PKPB dilaksanakan hari ini, semalam dikatakan sebilangan warga kota dari Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah mengambil keputusan untuk ‘balik kampung’ kerana tidak mahu tinggal di kawasan yang terlibat dengan PKPB.

Lebuh raya juga dikatakan sesak seperti musim perayaan dengan aliran kenderaan tiba-tiba naik mendadak di jalan utama dekat Kuala Lipis-Gua Musang dan Kuala Krai.


Eknuy 2Vkaelsqu

Susulan daripada kejadian tersebut, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataannya berkata, tindakan tersebut hanya membawa bahaya kepada mereka yang tinggal di kampung.

“Pulang ke kampung bahaya, kita tidak pasti sama ada kita pembawa virus.

“Sepatutnya kita melindungi orang tua di kampung kerana usia mereka lebih terkesan dengan jangkitan,” katanya memberi peringatan.

Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan ini juga menggesa masyarakat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya untuk duduk di rumah dan hanya keluar bila perlu.

“Kalau terpaksa keluar, pastikan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal kerana amalan itu dapat memutuskan jangkitan penularan antara 82 hingga 85 peratus,” katanya dalam sidang media semalam.

Hmm min rasa semalam ramai juga yang balik sampai jammed jalan-jalan kat KL ni. Apa-apapun stay at home dan selamat ber’PKPB’! 

Baca: [TERKINI] SOP Lengkap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, KL & Putrajaya

Sop

Sumber: Twitter
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.