in

“Pukul dengan kayu besbol” – Lumpuh & Musnah Separuh Tengkorak Tapi Pelaku Dipenjara 72 Hari Je!

Tengkorak Hancur

Keluarga seorang lelaki berusia 32 tahun dari New York menuntut keadilan selepas dipukul dengan ganas sehingga lumpuh dan separuh tengkorak musnah namun penyerangnya hanya dipenjarakan 72 hari.

Menurut Daily Mail, Steven Augustine koma sejak 28 Mei lepas akibat dibelasah dengan kayu besbol ketika dalam perjalanan pulang dari kerja pada awal pagi. Disebabkan serangan itu, pakar bedah terpaksa mengeluarkan bahagian kiri tengkorak yang hancur akibat dipukul.

Bukan itu saja, Steven yang mempunyai 2 orang anak ini juga menderita sindrom otak ke dalam (sunken) iaitu satu komplikasi yang jarang terjadi. Keadaan itu juga menyebabkannya hilang separuh daripada kepalanya.

Steven dikatakan tidak dapat mengingati setiap butir ketika kejadian namun doktor menyatakan bahawa dia dipukul dengan kayu besbol. Walaupun dengan pandangan perubatan itu, peguam bela mendakwa Charles hanya menumbuk Steven sekali saja dan kecederaan otak itu adalah disebabkan dia terjatuh ke belakang.

 

Peguam Daerah Ulster County Holley Carnright berkata, disebabkan Charles tidak berniat untuk menimbulkan kemudaratan fizikal yang serius kepada Steven jadi jabatannya tidak dapat mensabitkan serangan jenayah terhadapnya.

Kecederaan pada wajahnya konsisten dengan satu tumbukan.”

Donna, 56, ibu kepada Steven berkata keluarganya tidak berpuas hati apabila penyerang, Charles L. Miles hanya dihukum 72 hari di sebuah penjara dekat New York.

“Rekod hospital dengan jelas menyatakan kecederaannnya disebabkan oleh trauma tumpul mungkin dengan kayu besbol dan lelaki yang melakukannya kini bebas.”

“Kecederaan yang telah dilakukan tidak mungkin berlaku dengan satu tumbukan.”

“Bahagian kiri kepala pecah bersama-sama dengan banyak tulang patah di tengkorak dan muka selain pendarahan otak. Charles L. Miles diberi hukuman ringan dan saya mahukan keadilan untuk anak saya yang berjuang setiap hari untuk hidupnya.”

Difahamkan, doktor telah cuba untuk menggantikan tulang dengan plat keluli namun ianya telah mengalami jangkitan sebanyak dua kali.

Steven juga mengalami sawan yang teruk dan ubat-ubatan yang memberhentikan sawan itu pula merosakkan hatinya. Dia hanya mampu mengerdip mata untuk memberi tanda ‘ya’ atau ‘tidak’.

Baca: “Habis nak dia kerjakan anak orang lain pulak?” – Remaja Bebas Hukuman Lepas Rogol & Bunuh Budak 10 Tahun Sebab…

Jsdghfkawiujhdkaughwdkjawhkjhfeatured