in

“Habis nak dia kerjakan anak orang lain pulak?” – Remaja Bebas Hukuman Lepas Rogol & Bunuh Budak 10 Tahun Sebab…

Jsdghfkawiujhdkaughwdkjawhkjhfeatured

Seorang remaja 13 tahun dari Liaoning, China tidak berhadapan sebarang hukuman atas kesalahan merogol sebelum bunuh budak 10 tahun dengan kejam.

Aduh, kalau mencuri barang kat kedai tu lain lah, ni rogol dan bunuh! Tak boleh dibuat main-main!

Suspek yang dikenali sebagai Cai ada menceritakan kegiatannya melakukan perkara terkutuk itu kepada pihak polis.

 

Tak balik rumah sampai petang

1Skduhflaiwjdkulawhdkjawhd
Sumber : nextshark

Menerusi sumber Nextshark, kejadian berlaku pada 20 Oktober sekitar jam 1 tengah hari. Budak perempuan 10 tahun itu sepatutnya pulang ke rumah jam 3 petang. Tapi, tak balik-balik sampai menimbulkan rasa tak sedap hati ibu bapa mereka.

Menurut ayah kepada mangsa, anaknya telah diumpan untuk ke rumah Cai, dia kemudiannya dirogol dan ditikam sampai mati sebelum mayatnya dibuang di tepi jalan.

Dia ditemui mati pada sebelah petang hari berikutnya berhampiran rumah mereka. Walaupun keluarga mangsa dan suspek tinggal di satu taman mereka tidak berapa kenal sangat.

Demi menegakkan keadilan, keluarga mangsa hire peguam untuk memberikan hukuman yang paling berat untuk si pelaku ni.

Walaubagaimanapun, budak tu terlepas daripada sebarang hukuman! What?!!! 

 

Tak ada akta khusus untuk remaja 13 tahun kebawah

2Shdlfijawdhkawjhd
Sumber : nextshark

Alasannya,  menurut undang-undang jenayah di China, tindakan itu akan valid kepada remaja berumur 16 hingga 18 tahun sahaja sementara antara 14 hingga 16 tahun hanya berhadapan dengan perbicaraan, tapi tak ada untuk 13 tahun kebawah.

Dia hanya perlu dihantar ke pusat pemulihan selama 3 tahun memandangkan Cai ni masih bawah umur. Itu je?! Alasan pihak polis disana adalah..

 

Perbincangan meminda akta

3Gdhsflaijwduhawkdjhawkudhgawd
Sumber : nextshark

Kata polis, hukuman itu adalah paling teruk untuk remaja semuda itu. Berikutan dengan kecaman netizen yang telah mempertikaikan suspek dan mencetuskan kebimbangan mereka, pihak penggubal undang-undang China sedang berbincang untuk meminda akta kepada usia yang lebih muda.

Ramai netizen yang inginkan suspek dikenakan hukuman berat, ada juga yang menghentam, mencaci dan hina suspek itu , bahkan ada yang tuntut bahawa remaja tersebut patut dikenakan hukuman mati.

 

Baca : Remaja Buta Mengandung ‘Dikerjakan’ Bapa Lepas Ibu Meninggal Akibat Sakit Kanser

Remaja