in

Pukul Anak Angkat Sebab Tak Nak Makan Nasi, Pasangan Mengaku Bersalah

Collage 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 22 Julai lepas, pasangan suami isteri telah ditahan oleh pihak polis selepas laporan dibuat mengatakan mereka sering mendera seorang kanak-kanak menggunakan hanger, batang pengapu dan dicucuh dengan pemetik api.


Ekoran ini, Sinar Harian melaporkan bahawa pasangan ini telah pun mengaku bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi sebentar tadi atas pertuduhan menganiaya mangsa.

1851353

Amira Hamzah yang merupakan seorang warga tempatan bersama suaminya Mohd Fitri Jasman dari Singapura ini membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah.

Pasangan ini telah didakwa sebagai orang yang memelihara seorang kanak-kanak perempuan dan telah menganiayanya hingga mengalami kecederaan fizikal.

Prosiding mahkamah kemudiannya ditangguhkan bagi mendengar fakta kes dan jatuh hukum.

Screenshot 2022 07 22 At 11.21.01 Am.jpg

Sebelum ini, tular video memaparkan seorang kanak-kanak telah dipukul dengan batang penyapu gara-gara enggan makan nasi.

Video tersebut telah dirakamkan oleh sekumpulan remaja yang turut sama berada di tempat kejadian dan menyaksikan sendiri penderaan tersebut sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Siasatan awal mendapati kanak-kanak berusia 4 tahun ini merupakan anak kepada seorang warga Indonesia dan tidak mempunyai pengenalan diri kerana tidak pernah didaftarkan.

Kanak-kanak ini telah diserahkan kepada suspek sejak bulan April lalu kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya.

Mangsa kini dikatakan telah pun diletakkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan masyarakat selepas menerima rawatan di Hospital Kajang.

 

Baca: “Binatang pun sayang anaknya” – Tular Video Budak Dipukul Dengan Batang Penyapu Dan Dipaksa Makan

Dera Budak Finalized

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.