Panas! Semalam kecoh di media sosial apabila sebuah poster berkenaan Jelajah Pendidikan Selangor 2019 telah dimuat naik oleh YB Juwairiya Zulkifli di Twitter.
Program yang diadakan khas buat pelajar SPM, STPM dan setaraf ini katanya telah mengangkat Caprice sebagai ikon pendidikan. Wow!
“Mengangkat dia sebagai IKON pendidikan. Ini masalah serius”
Well seperti yang korang semua boleh agak, rata-rata netizen nampaknya tak berapa setuju dengan cadangan meletakkan Caprice sebagai ikon pendidikan tersebut.
Isu ini lebih menonjol apabila PU Rahmat Ikhsan telah meluahkan rasa tidak setujunya dalam sebuah tweet yang telah dipadam baru-baru ni. Menurutnya, Caprice bukanlah orang yang sesuai diangkat sebagai ‘ikon’ kerana dia tak ada latar belakang pendidikan yang betul. Macam mana nak jadi contoh kepada anak-anak muda? Uiks!
Caprice ‘sentap’ dengan PU Rahmat??
Bila isu dah makin mendapat perhatian dan akhirnya sampai ke telinga Caprice, penyanyi ini telah memberi jawapan balas menerusi sebuah video di Instagramnya.
Menurut Caprice, dia tak pernah claim dirinya sebagai seorang ikon walaupun dia banyak menyumbang ke arah pendidikan negara seperti membangunkan website bernama Classruum dan apps Mengaji.com.
“Mira Filzah? What the fish. Saya tak pernah try dia”
Apa-apapun admin rasa kes ini dah setel lah kot sebab PU Rahmat pun dah jawab balik video Caprice tu dan siap explain lagi yang dia tak pernah ‘try’ Mira Filzah pun. Adoi sampai ke Mira Filzah pun jadi issue eh?
Di samping tu, PU Rahmat juga suggest pensyarah muda, Dr Nur Adlyka sebagai ikon pendidikan yang sesuai menggantikan Caprice kerana ada latar belakang pendidikan yang kukuh untuk mendidik dan jadi contoh buat anak bangsa.
Apa-apapun admin harap Caprice dan PU Rahmat berhentilah bertelagah dan saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Biasalah kalau kita tak setuju dalam satu dua hal ni. Yang penting, kita sama-sama menyumbang sesuatu untuk anak bangsa dan negara.