in

Caprice Maki Haqiem Rusli Isu Gimik Depresi

Makin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Caprice Maki Haqiem Rusli Isu Gimik Depresi
Loading
/

Baru-baru ni kecoh satu Malaysia bila penyanyi muda yang dikenali ramai, Haqiem Rusli tiba-tiba buat pengumuman nak bersara daripada bidang nyanyian dan kerjaya seni sebab depresi. Perkara tu jadi perhatian ramai pihak dan rakan-rakan artis termasuklah penyanyi rap, Caprice.


Caprice yang memang dikenali sebagai seorang yang suka mengulas isu-isu semasa kat laman sosial ada beri sedikit kata-kata semangat kat Haqiem pasal ni dan tiba-tiba benda tu katanya hanya satu gimik je untuk pelancaran lagu baru Haqiem.

Haqiem
sumber: media hiburan

Disebabkan hal ni, ramai artis bengang dengan Haqiem sebab macam tak fikir panjang nak buat gimik guna isu sensitif macam depresi. Caprice yang sebelum ni concern pun sampai dah memaki hamun kat Instagram. Ye lah, hal depresi ni bukan boleh buat bergurau dik.

Dalam entri tu, Caprice memang marah betul dengan Haqiem dan pihak pengurusan sebab guna isu yang serius macam depresi semata-mata hanya untuk mempromosikan lagu baru.

“Haqiem Rusli. You motherf*cker. Ramai orang DM saya dan beritahu yang anxiety dan depression kau tu hanya untuk marketing.”

Sumber: Instagram

“Biar saya cakap satu benda, anxiety dan depresi bukan satu gurauan. Ramai orang kat luar sana yang alami benda ni, dan kau guna hanya untuk marketing. Pengurusan dan artis rakaman yang memalukan.”

Terbaru, Caprice memuat naik satu lagi video meminta maaf dengan pilihan bahasanya yang kasar dan carutan yang dilontarkan dalam video isu depresi Haqiem Rusli tu. Caprice juga berpesan supaya benda ni kita tak buat main-main sebab ada orang tak mampu nak dapatkan khidmat pakar psikiatri dan ada orang tak ada kawan untuk dikongsi cerita-cerita macam ni.

Sumber: Instagram

Disebabkan gimik murahan macam ni, mungkin orang yang betul-betul berdepan dengan situasi ni akan jadi lebih susah nak kongsi kemurungan dorang dengan orang lain. Sebab nanti orang ingat dia main-main je.

Seeloknya seorang public figure kena fikir dulu betul-betul baik dan buruk setiap apa yang dilakukan.

Baca: “Attitude problem, perangai perasan bagus!”

Kekal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.