in

Projek Seni Susun Konten Peti Sejuk Macam ‘Library’ Dikecam, Ada Yang Gelar Macam ‘Fridge Serial Killer’

Fridge Library

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang tengok satu projek seni yang membuatkan korang tertanya-tanya, apakah yang bermain di fikiran si penciptanya semasa menghasilkan seni ini?



Memang tak dinafikan, ada banyak sebab sesebuah projek seni itu dihasilkan dan bukan semua orang boleh memahami maksud di sebaliknya.

Nicole 1 E1635044200337

Bercakap mengenai projek seni, seorang designer dari Amerika Syarikat baru-baru ini dilanda kontroversi hebat gara-gara memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya menyusun konten di dalam peti sejuk seperti mana buku-buku disusun di perpustakaan.

Lapor Metro UK, dalam satu video yang dimuat naik ke platform TikTok, Nicole McLaughlin menerima kecaman hebat gara-gara menyusun konten peti sejuknya di dalam ring binder berlabel.

0 Pay Kennedy News And Media 1

Jelas Nicole yang berasal dari Brooklyn, New York, penyusunan ekstrem itu sebenarnya hanyalah satu idea seni. Namun, dia digelar sociopath pula selepas berkongsi seni itu di laman sosial.

“Projek seni yang saya hasilkan selalunya mengenai cara menyeronokkan untuk menggunakan beberapa barangan am selain kegunaan asalnya. Saya dapat idea ini semasa hendak tidur sebab terfikir, apa agaknya rupa peti sejuk jika kontennya disusun kemas macam di perpustakaan?” katanya.

Kata Nicole lagi, dia tahu yang memang ada individu di dunia ini yang menyusun rapi konten peti sejuk mereka seperti memasukkan bahan-bahan dalam bekas berlabel dan sebagainya. Jadi, wanita ini hanya curious dan mahu mencuba sesuatu yang ekstrem tapi kelakar.

0 Pay Kennedy News And Media E1635043474130

Bagi menjayakan projeknya itu, Nicole menggunakan beberapa ring binder yang sudah sememangnya ada di rumahnya dan kemudiannya mula mengumpul kesemua paket sos yang didapati semasa memesan makanan online semasa pandemik COVID-19.

Ketika menjayakan projeknya, Nicole mendedahkan dia sebenarnya berada di rumah ibu bapanya dan mereka menganggap dirinya sudah hilang akal namun mereka memahami kerjayanya.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja video terbabit mula tular di TikTok, Nicole dihujani pelbagai komen negatif yang mengecam tindakannya itu.

“Ini (projek seni) beri saya aura seorang pembunuh bersiri,” tulis seorang netizen.

“Saya rasa hanya seorang sociopath saja yang akan buat macam ni. Apa benda pun sebenarnya ni?” kata seorang pengguna TikTok pula.

“Macam orang psiko je susun macam ni.”

Pun begitu, bukan semua komentar yang diterima Nicole bernada negatif kerana ada juga pengguna laman sosial lain yang memahami idea disebalik projek seni terbabit.

“Ini barulah seni. Saya lihat ini sebagai wakil budaya diet dan mewakili mereka yang mengira kalori pengambilan makanan,” tulis netizen.

Sauce E1635044278246

Nicole, dalam pada itu pula, berkata dia tak ambil hati pun dengan komen negatif yang diterimanya. Malah, menganggap pengalaman itu sesuatu perkara yang kelakar. Wanita itu juga menjelaskan, walaupun dia menyusun secara ekstrem seperti ini untuk menyiapkan projek seninya, konten peti sejuk miliknya yang sebenar tidaklah terlalu organized seperti ini.

 

Sumber: Metro UK

Baca: “Tak pernah cuci peti sejuk ke” – Wanita Jumpa Pastri Puff Usia 25 Tahun Dalam Fridge, Siap MAKAN Lagi!

Feature 4 15 E1635041243702

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.