in

Profesor UKM Jadi Wanita Pertama di Malaysia Terima Anugerah Berprestij Ni!

Wanitaftw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wah bukan calang-calang ni!


Mungkin bila sebut nama Prof. Dr. Norlela Sukor, ramai yang kurang mengenali siapa wanita hebat ni. Tapi Norlela menjadi kebanggaan negara apabila berjaya menjadi wanita Malaysia pertama yang menerima anugerah dari sebuah institusi akademik terkemuka! Wow!

Menurut WORLD OF BUZZ, Norlela yang merupakan Pakar Endokrinologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Kampus Kuala Lumpur Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengharumkan nama negara apabila mendapat Anugerah Fellow of the American College of Endocrinology. 

Oscars Applause Gif

American College of Endocrinology ni institusi akademik dan profesional terulung dalam bidang kepakaran diabetes dan endokrinologi dunia tau!

Endokrinologi merupakan satu bidang biologi dan ubat-ubatan yang berurusan dengan sistem endokrin melibatkan organ seperti pituitari, tiroid, adrenal, ovari, testis dan pankreas. Norlela menerima anugerah tersebut atas pengalamannya yang begitu luas dalam bidang diabetes dan endokrinologi dari segi penyediaan rawatan penyakit endokrinologi.

“Penganugerahan ini diberikan kepada mereka yang telah berkhidmat lama dalam bidang endokrinologi dan berkecimpung dalam menerbitkan penyelidikan dalam bidang tersebut,” kata Norlela.

1 1 1
sumber: wob

“Sebagai seorang ahli akademik, penyelidik dan pakar perubatan, saya berterusan melibatkan diri dalam pengajaran, penyelidikan dan menyediakan perkhidmatan perubatan endokrinologi kerana sememangnya ini adalah minat saya sejak menjalani latihan kepakaran dalam perubatan dalaman,” kata Norlela yang tak pernah terfikir untuk mendapatkan fellowship tu.

Norlela menceritakan bahawa penglibatannya dalam bidang kepakaran ni menarik perhatian fellow-fellow di American College of Endocrinology di Amerika Syarikat dan negara kita. Dari situ lah dorang cadangkan nama Norlela untuk anugerah fellowship tu.

“Saya berbesar hati kerana di UKM, saya adalah yang kedua menerima anugerah ini selepas Pakar Perunding Kanan dan Ketua Unit Endokrinologi, Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin menerimanya sembilan tahun lepas.”

2 1 1
sumber: wob

Prof. Dr. Norlela juga pernah jadi rakyat Malaysia pertama yang menerima The University of Queensland Dean’s Award for an Outstanding Research Higher Degree Thesis semasa pengajian peringkat Doktor Falsafah kat University of Queensland, Australia tahun 2009.

Tahniah atas kejayaan Prof. Dr. Norlela!

Baca: 10 Wanita ‘Pertama’ di Malaysia Yang Hebat Mencipta Nama

Ok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.